Posts

Showing posts from 2013

Tak semestinya...

Tak semestinya bila dah jatuh, takkan mampu bangkit semula. PASTI BOLEH.
Tak semestinya bila telah melakukan kesilapan, takkan mampu perbetulkan. PASTI BISA.
Paling penting tekad untuk terus bangun dan terus melangkah.

YAKIN DALAM HATI, PERCAYA PADA DIRI.
Bantuan Allah datang dalam pelbagai cara dan kondisi.
Ianya sangat besar dan meliputi.

Harapan kini
Ingin berlari.. di atas kaki sendiri.

Allahu Rabbi

Orang yang bijak akan befikir, masalah sebagai “batu loncatan” bukan satu “halangan” untuk berjaya. Sebenarnya dalam kehidupan ini, yang penting bukan apa yang berlaku, tetapi makna apa yang kita beri dan apa respons kita terhadap apa-apa yang berlaku. Jangan fikir apa orang kata! Antara petikan Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr. Muhaya

Motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?

.

Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.

Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpa dengan Tok Guru Haron.

“Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan.

“Nak buat, buat terus,” jawab Haron.

“Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan.

“Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Haron.

“Telur,” jawab Ahsan.

“Dari mana telur datang?” jawab Haron. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Haron mula berceramah…

“Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.

Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Haron.

“Motivasi dulu,” jawab Ahsan.

“Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Haron tanya kembali.

“Dan orang yang tunggu motivasi data…

Imbangan pelajaran hidup adalah diantara syukur dan sabar.

MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Jika hari ini kau ditimpa musibah, ia petanda Tuhan sedang menduga kerana ada rezeki yang ingin diberiNya. Jika yang kau nantikan tidak kunjung tiba, lihat-lihatlah disekeliling kerana rezeki datang dalam pelbagai bentuk rupa. Jika setelah melihat tiada yang berubah disekelilingmu, tetap bersyukurlah kerana Tuhan memberimu rezeki berbentuk kesihatan usia dan rahmat untuk melihat langit dan memijak bumi buat sehari lagi disamping mereka yang kau kasihi.

2) Mengkritik bukan bererti menentang
Menyetujui pula tak semestinya menyokong
Menegur tak bermakna membenci.
Berbeza pendapat…
Adalah kawan berfikir yang TERBAIK!

3) Sebelum sampai ketempat perhentian janganlah lekas puas dan gembira jika nasib selamat. Tetapi bersyukurlah! Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah, janganlah bergoncang jiwamu, sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali sebab itu hendaklah sabar.

4) Imbangan pelajaran hidup adalah…

Unless...

Image

Mungkin Tuhan meletakkan kita dihujung anak panah. Menarik jauh-jauh ke belakang, agar di saat kita dilepaskan, kita memiliki semangat yang kuat untuk mencapai sasaran tinggi,

Kisah Tukang Kebun Yang Buta Huruf

Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang buta huruf bekerja sebagai tukang kebun disebuah sekolah. Dia sudah bekerja lebih kurang 15 tahun disana.

Suatu hari pengetua sekolah itu ditukarkan dan pengetua yang baru membuat arahan baru. Semua pekerja mesti pandai membaca dan menulis. Maka tukang kebun yang buta huruf itu, terpaksa berhenti.

Awalnya, dia sangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Ketika duduk ditepi jalan memikirkan masalah yang baru dihadapinya, muncul idea untuk membuka gerai makanan segera. Tidak disangka, usahanya berjaya!

Dia telah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sekiranya ingin membesarkan perniagaannya. Suatu hari, ketika di bank, kerana buta huruf, dia tidak pandai mengisi borang dan meminta kakitangan bank membantunya.

Kakitangan bank berkata, “Wah, walaupun Pak Cik seorang yang buta huruf tapi boleh menjadi peniaga yang berjaya, apalagi kalau pandai membaca da…

Don't stop when you're tired. Stop when you're done

Image
Perkara nombor satu yang boleh menghalang kita kembali daripada bekerja terutamanya diawal minggu seperti hari ini ialah keletihan. Kelesuan boleh menjadi tanda keletihan.

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Minum Lebih Air
Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Jika perasaan anda letih, kopi boleh membantu tetapi kopi juga boleh menjadi punca yang menyebabkan dehidrasi. Seterusnya anda berasa letih, minum 2-3 gelas air dan anda akan perasan rasa segar datang dengan segera.

3. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samp…

PILIH PETA JALAN KEHIDUPAN MU (Bahagian 1)

Image
Hidup ini adalah seperti jalan. Terdapat panjang dan pendek, jalan licin dan berbatu; laluan bengkok dan lurus. Dalam kehidupan kita, banyak jalan akan ditempuhi sebagai perjalanan kita melalui kehidupan. Terdapat jalan yang membawa kepada kehidupan sejahtera, perkahwinan, dan kerjaya.

Terdapat juga jalan-jalan yang membawa kepada kemasyhuran dan kekayaan pada satu bahagian, atau pengasingan dan kemiskinan di bahagian yang lain. Terdapat jalan untuk kebahagiaan kerana terdapat jalan ke kesedihan, jalan ke arah kemenangan dan kegembiraan, dan jalan-jalan yang membawa kepada kekalahan dan kekecewaan.

Sama seperti mana-mana jalan, terdapat sudut, lencongan, dan persimpangan dalam kehidupan. Mungkin jalan yang paling membingungkan yang anda akan hadapi adalah persimpangan. Dengan empat jalan untuk dipilih dan dengan pengetahuan yang terhad ke mana arah tujunya, jalan yang mana anda akan ambil? Apakah jaminan bahawa kita akan memilih jalan yang betul? Anda akan memilih man…

SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN

Anda tidak boleh mencari keyakinan untuk membuat keputusan apabila anda tahu begitu sedikit tentang apa yang anda sedang berhadapan. Sering kali, sebab bagi ketidaktegasan adalah kekurangan maklumat tentang keadaan atau situasi yang anda sedang hadapi.

Berikut adalah beberapa petunjuk yang boleh membantu anda memilih pilihan yang terbaik ketika dipersimpangan:

1-Mengenal pasti dan mewujudkan pilihan.

Apakah pilihan yang keadaan beri kepada anda? Kadang-kadang pilihan adalah sedikit, tetapi kadang-kadang ia banyak. Tetapi apa yang anda lakukan apabila anda berfikir bahawa keadaan tidak menawarkan banyak pilihan? Ini adalah masa untuk anda kreatif. Dari yang paling mudah kepada yang paling rumit, selusuri semua idea. Jangan pinggirkan apa-apa idea yang datang ke kepala anda.

Kadang-kadang idea yang paling keterlaluan boleh menjadi satu keputusan yang betul di akhir jalan. Anda boleh meminta rakan untuk membantu anda mengenal pasti pilihan dan juga membuat lebih banyak pili…

MUTIARA KATA UNTUK MU - Dedikasi buat Che Ta & Zain...

Image
1) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

2) Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.

3) Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.

4) Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

5) Kahwinilah orang yan…

“Either you talk yourself out of the problem, or you talk yourself deeper into the problem.”

Wahai anakku,
Apabila perkara yang diharapkan tidak terjadi seperti yang dihasratkan, jangan anggap ia adalah satu perkara yang besar kerana bukan semua perkara dapat dijangka manusia.

Jika kamu merasakan jalan yang dilaluimu seperti jalan menaiki gunung,
Jika kamu merasakan ingin bersenyum tapi terpaksa mengeluh,
Berehatlah seketika, tapi janganlah kamu berputus asa.

Wahai anakku,
Kejayaan adalah kegagalan yang ditimbang balik. Di awan mendung, ada kilauan perak..

Kamu tidak akan tahu sudah betapa dekatnya kamu dengan kejayaan kamu walaupun ia nampak jauh dari kedua matamu.

Maka, wahai anak kesayanganku, bertarunglah ketika kamu diuji dengan ujian terberat.

Pada waktu sesuatu perkara yang sangat tidak diingini berlaku, pada ketika itulah kamu tidak boleh berputus asa.

Senyumlah wahai anakku walaupun betapa susahnya untuk memberikan senyuman.

Ingatlah pepatah Inggeris ini: “Either you talk yourself out of the problem, or you talk yourself deeper into the problem.”

Senyum.

Hanya kita yang boleh menentukan fikiran kita. Fikiran kita menentukan kehidupan, tiada siapa yang boleh kita salahkan atas hasil kehidupan kita setakat hari ini. Allah beri akal untuk buat pilihan. Antara petikan Buku Refleksi Diri, Prof Dr. Muhaya

Hati wanita mudah saja terusik saat menjelangnya akad nikah dan sehingga halal bergelar isteri, jatuhnya air mata wanita yang dinikahi bukan kerana dia gembira semata-mata tetapi jauh di sudut hatinya dia turut tersentuh kerana melihat ayah melepaskannya dengan cara terhormat.

Kadang-kadang ALLAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita . Dengan itu , berhentilah mengejarnya . Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita , dan kita perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat ♥♥

Nilai sebenar seorang isteri...

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda”
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya.
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!”
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : &q…

Ketika Hatimu merasa sedih..

Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu:

"Inilah perjalanan hidupku.. Allah Ta'ala yang letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan Allah.. Jadi, aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku terima Qada' dan Qadar diriku.."

Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hikmah-Nya.. Terima kasih Allah, kerana mengasihiku. Selepas itu, buka matamu dan senyumlah..

Allah pisahkan kita dgn pasangan ......

Image

Apa Makna Kegembiraan?

Wahai anakku,
Satu ketika dulu, engkau tercari-tercari makna kegembiraan. Di mana boleh mencari kegembiraan, engkau bertanya.

Aku membawamu ke satu hutan kecil, lalu diberikan kamu satu sudu dan dua titik minyak di atasnya. Aku menyuruhmu merentas hutan tersebut dan pastikan dua titik minyak itu tidak tertumpah.

Wahai anakku,
Selepas sejam, engkau kembali dengan sudu dan dua titik minyak yang masih tidak tertumpah. Aku bertanya, nampak tak ada sarang tebuan yang cantik di tengah hutan?

Engkau perasan tak ada sebuah rumah atas pokok di belah kanan jalan rentas hutan itu? Perasan tak di tengah hutan, aku gantungkan satu papan kata doa di tengah jalan?

Engkau tertunduk malu. Aku menyuruhmu kembali ke hutan melihat semua yang diceritakan aku.

Wahai anakku,
Selepas sejam, engkau kembali. Kamu berkata kamu berjaya melihat semua yang disuruh. Aku bertanya di mana dua titik minyak itu. Engkau tidak sedar dua titik minyak yang diberi sudah tertumpah.

Engkau tertunduk malu lagi. Lalu…

Tidak akan miskin orang yang bersedekah. Kita boleh tahu berapa biji dalam selonggok epal, tetapi kita tidak tahu berapa biji epal terhasil dari sebiji epal yang di tanam.

Kita bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Apa yang kita selalu fikirkan dan selalu cakapkan itulah yang kita akan dapat. Sabar itu pahit tapi buahnya manis.

Tiada manusia yang jahat. Mereka bertindak berdasarkan ilmu dan kesedaran diri mereka. Oleh itu, kita mesti mempertingkatkan ilmu dan kesedaran. Lihat apa yang kita baca, cakap, tonton dan fikirkan hari ini kerana ianya akan menentukan ilmu dan kesedaran kita.

Bagus kalau kau tidak dihargai... Allah sedang mendidik mu supaya ikhlas!

Dalam Hidup Ini

Dalam hidup ini, kita sentiasa ada pilihan sama ada...
Berbuat baik atau melakukan khianat
Memanfaatkan orang lain atau memudaratkan mereka
Mementingkan diri sendiri atau mengutamakan kesejahteraan semua
Berkongsi rezeki yang melimpah ruah atau kikir untuk bersedekah
Memberi pujian ikhlas atau mencerca dan mencaci
Menjadi sebahagian daripada penyelesaian atau sebahagian daripada permasalahan
Memupuk hubungan baik atau mengumpul seteru
Menghargai pertolongan orang atau memperkecilkan sumbangan yang diberi
Dalam hidup ini, kita sentiasa diberi pilihan untuk menjadi ahli syurga atau sebaliknya.
Fikir2kan.

Kita jangan sesekali membuat seseorang merasa kecil walaupun peminta sedekah. Beri wang kepada mereka dengan penuh kasih sayang dan bukan mencampak wang kepada mereka.

Adakah sah solat saya jika kucing jilat kaki saya dan duduk atas riba.

Kucing ini adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW. Kucing ini suka bermain dengan manusia dan suka duduk di atas rumah, sofa dan sebagainya. Sebab itu Allah ini Maha Bijaksana. Allah tak buat badak sumbu tinggal atas rumah kita, tak duduk atas sofa. Jika dibuat macam tu, termenung tuan rumah kena ganti sofa setiap hari. Nak berleter kat badak sumbu takut kena sondol. Redha je la. Persoalannya jika kucing jilat kaki kita, adakah batal solat. Jawabnya tidak batal. Bukan setakat kucing, jika singa jilat sekalipun tidak batal solat. Begitu juga kucing duduk di atas riba juga tidak membatalkan solat. Kecuali badan kucing itu kita nampak najis yang melekat. Semua binatang duduk di atas riba pun tak ada masalah kecuali anjing dan babi.. Badak sumbu pun tak ada masalah duduk atas riba dengan syarat tak terberak. Jika terberak batal wuduk dan solat..

Setiap kali kita memberi alasan beerti kita ada banyak virus minda yang akan merosakkan masa depan kita dunia dan akhirat.

JANGAN MENIPU DIRI

Sering di sakiti oleh Seseorang, tapi masih ''menutupi rasa sakitmu"

Sering di kecewakan Oleh seseorang tapi masih ''mengharapkannya''

Sering di Di khianati oleh seseorang, tapi masih ''mempedulikannya ''

Jangan kau terus menerus menipu dirimu sendiri..

Biarlah,
Jika dia terus menerus menyakitimu, Lupakanlah dia dari hidupmu

Jika dia terus menerus Mengecewakanmu, Lupakanlah dia dari Hatimu..

Percayalah,
Bahwa di jauh Sana ada seseorang yang Sedang menantikanmu dengan sebuah keindahan

Yakinlah,
Bahwa seseorang yang lebih baik darinya sedang menunggu mu.. Menunggu....

Ya menunggu.. Saat saat yang Tepat yang Telah Allah SWT Catatkan..

Percayalah..!!

Wang, Masa dan Tenaga.

Ketika masih diawal usia, kita punya banyak Masa dan Tenaga, tetapi tidak punya Wang. Sebab itulah, hidup kurang seronok.

Ketika kita separuh usia, kita punya Wang dan Tenaga, kerana ketika itu kita dipuncak kerjaya. Tapi kita tidak punya Masa. Kita sibuk. Sebab itulah, hidup kurang seronok.

Ketika kita dihujung usia, kita punya Wang dan Masa, tetapi kita sudah kurang Tenaga. Sebab itulah, hidup kurang seronok.

Oleh itu, belajarnya untuk menghargai apa yang sedang dilalui. Belajarlah untuk seronok, walau apa jua keadaan kita.

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad

BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka…

Cukuplah Allah mengenalimu

Teruslah berbuat baik...berkata baik...memberi nasihat yang baik...Walaupun tidak ramai orang mengenalimu..cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain...Jadilah seperti jantung yg tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat...Setiap yang baik itu datangnya dari Allah...manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri...~♥

Logik Tak?

Seorang budak bernama Ciku berlawan cakap dengan ustaznya berkata semua perkara di dunia perlu ada lojik.

Ustaznya yang bernama Rani menyuruh Ciku melakukan tiga perkara dalam masa setengah tahun dan kemudian balik untuk berhujah dengannya semua.

“Kasut dan selipar ini ana hadiah kat Ciku. Kasut ini, untuk dua bulan pertama, Ciku pakainya dan masuk ke hutan setiap hari. Selepas 2 bulan, simpan kasut itu, dan pakai selipar dan masuk ke hutan setiap hari.

Selepas 2 bukan tamat, simpanlah selipar itu. Kemudian 2 bulan terakhir paksa diri berjalan kaki ayam ke hutan setiap hari,” pesan Ustaz Rani.

Budak itu pun mengikut arahan. Dua bulan pertama beliau memasuki hutan menggunakan kasut. Seronok katanya. Kemudian diikuti selipar dan diakhiri dengan kaki ayam.

Selepas selesai semua, Ciku itu balik menghadap ustaznya.

“Mana kasut dan selipar?” tanya ustaz. Ciku mengeluarkan kasut dan seliparnya yang tapaknya dah halus.

“Apa berlaku pada kasut dan selipar?” tanya Ustaz Rani.

“Haus, tapak sema…

Berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah untuk panduan hidup yang sempurna..Sebaik-baik insan itu ia hanya menyerahkan segala ruang hidupnya kerana Allah Taala..

Berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah untuk panduan hidup yang sempurna..Sebaik-baik insan itu ia hanya menyerahkan segala ruang hidupnya kerana Allah Taala..

Jangan takut dengan KEGAGALAN kerana ia adalah titik permulaan untuk kita BERJAYA....

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

"Setiap manusia menentukan kejayaan mereka sendiri dengan menguatkan fokus, dengan mengenalpasti erti hidup pada hari-hari yang kita lalui dan disiplin diri yang telah kita lakukan"

"Sebenarnya, dalam hidup ini apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah SWT, sudah tentu kita akan membahagiakan manusia lain"

DIAM

Ada ketikanya, kalau kita tidak suka lebih baik diam. Nabi pernah pesan, kalau ada makanan yang kita tidak suka, usah cerca makanan. Diam. Lisan kita ini berbahaya. Boleh merana badan. Tetapi, diam adalah perkara paling mudah dilakukan namun paling sukar diamalkan. Sebab, semua orang nak tunjuk pandai, tunjuk tahu, tunjuk hebat. Diam. Ia lebih menyelamatkan kita dari api neraka. Ada waktunya lebih banyak kita berkata-kata, lebih benyak mengundang dosa. Diam.

Teringat kisah seorang Profesor dengan muridnya:

"Apabila anda DIAM, saya ingat anda bodoh. Tetapi apabila anda mula buku mulut dan berkata-kata, memang sah anda BODOH."

DIAM!

Nilai Sebuah Masalah

Image

Jangan cuba membeli ketenangan dengan kesenangan... nanti bertambah derita.

Saya nak jadi BOSS

Ramai org tak sabar utk sampai ke puncak kejayaan.

Ramai tak sabar2 nak kaya, tak sabar2 nak jadi boss pada usia muda.

Mereka lupa satu perkara yg sangat penting bagi kejayaan seseorang ----> belajar untuk memulakan sesuatu dari bawah. Belajar bersabar menjadi kuli sebelum menjadi boss kuli....

Kejayaan itu bukan letak pada pangkat, tp bagaimana hikmahnya kita bergaul dengan manusia dan memimpin mereka.

Memimpin manusia tidak memerlukan pangkat dan kuasa. Tp memahami kehendak dan kehidupan mereka. Kita takkan mengerti semua ini tanpa bermula dari bawah.

Bersabarlah. Google, apple, facebook, trump, alan sugar, malah rasulullah sendiri semua bermula dari bawah. Bermula dari kutukan dan hinaan. Akhirnya beroleh kejayaan dan kepimpinan.

Mampukah kamu bersabar untuk sesuatu yg lebih besar dihadapanmu?

FIKIR2KAN

Ingin sambung belajar?

Siapa antara kita yang pernah memikirkan…

1. Ingin sambung belajar di peringkat Master dan PhD?
2. Ingin memiliki rumah sendiri sebelum umur 35 tahun?
3. Ingin mengurangkan berat badan?
4. Mulai hari ini tidak ingin lambat ke kerja?
5. Ingin meluangkan masa 1 jam sehari bersama anak-anak?

Dan kemudiannya semua hasrat ditangguhkan oleh alasan seperti…

1. Saya dah terlalu tua untuk itu…
2. Saya terlalu letih…
3. Saya malas…
4. Saya terlalu sibuk…
5. Saya susah itu dan ini…
6. Benda itu terlalu susah…

Ingatlah manusia boleh mencari seribu satu alasan untuk TIDAK MELAKUKAN SESUATU… susah, tak mungkin, tak berdaya, mak tak suka, teman tak suka, duit tak cukup… dan banyak antara kita yang sanggup menghabiskan masa untuk mencari seribu satu alasan ini.

Walhal, untuk melakukan sesuatu, kita tidak perlu seribu alasan, kita hanya memerlukan satu alasan yang baik untuk mela-kukannya.

Mengapa kita tidak fokus mencari alasan yang satu itu, daripada menghabiskan masa mencari seribu satu alasan unt…

Allah itu tidak pernah salah

Allah itu, tidak pernah salah tunjuk.
Allah itu, tidak pernah salah susun.
& Allah itu, tidak pernah salah dalam perancanganNya.

Allah, yang kasih sayangnya melebihi ibu,
tidak akan pernah menganiayai hambaNya.

Ya Allah, jangan pernah Engkau serahkan urusan kami, kepada kami, walaupun hanya dengan sekelip mata, atau sekadar masa yang lebih pendek daripada itu.

Dia.. Sahabat yang selalu Dirindui..

Dahulu, dia hanyalah gadis polos yang tidak mengerti apa-apa dengan 'mini skirt', seluar pendek, ' spagghetti strap', seksi yang amat dengan rambut panjang mengurai, 'contact lens' berwarna warni bersilih ganti. Sungguh dia memang cantik. Malamnya, diisi dengan bermesej dan 'calling-calling' bersama ajnabi.

Namun kini, dia lengkap berjubah, bertudung labuh, siap memakai 'inner tudung', berstokin kaki dan tangan, kasut tertutup lagi, dan Alhamdulillah.. tahap malu pun lebih tinggi, Al-Quran juga sentiasa di sisi.

Bila Hidayah menyapa,bila Tarbiah mengajar dia.
Allah..
'Moment-moment' begini memang mudah buat kita rasa nak nangis kan?
Sejuk hati.
Sungguh,dia hebat.

"Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi Baik, memang dia akan jadi Baik." Dan sungguh, saya percaya di sebalik orang yang hebat itu,ada sejarah yang memperhebatkannya. ada seseorang di belakangnya. dan ada 'sesuatu' pada kisah hidupnya. Moga dia…

Dunia bukan Syurga

Petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr. Muhaya Sejernih Sinar Matamu:

"Tidak ada manusia yang tidak ada masalah kerana dunia ini bukan syurga. Hanya di syurga tidak ada masalah. Tugas kita ialah apa respon kita terhadap masalah. Menjadi kewajipan orang beriman untuk tahu hikmah di atas segala masalah"

Saya nak berubah tapi.....

Ramai yang meluahkan..
"Saya teringin nak pakai tudung labuh, tapi tak ada kekuatan"
"Saya nak berubah, tapi kawan-kawan suka memperlekehkan"
"Kalau saya nak mula pakai tudung labuh, apa pulak kata kawan-kawan saya"

Dear Muslimah..
Memang, jika inginkan perubahan dalam hidup kamu,
Perlukan sedikit pengorbanan,
Bukan dinamakan "Hijrah" jika tiada halangan,
Kamu pasti mampu. yakinlah..

# Perubahan tidak menunggu manusia. Jangan menunggu-nunggu untuk peluang berubah. Peluang itu kita yang cipta :')

Kapur dan Pemadam

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru …

Orang Sabar

Petikan Buku Mata Akal Mata Hati, Prof Dr. Muhaya:

"Orang yang sabar ialah orang yang berjaya, kerana ‘sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat’ – orang yang sabar akan berhasil usahanya. Hanya orang yang sabar akan sanggup menghadapi sebarang rintangan atau dugaan demi untuk mencapai kemenangan atau apa-apa yang dihajatinya. Orang yang sabar, sanggup, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian’ – bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Ujian itu untuk orang yang Hebat

Pada hari ini pelbagai ujian yang kita hadapi,Setiap orang akan menghadapi ujian yang berjenis-jenis dan pelik-pelik..Didalam kita sedang menghadapi kemerosotan kewangan,disaat itulah jugak kereta,mesin basuh,peti ais dan pelbagai lagi yang nak rosak..Disaat kita sedang seronok dan bahagia dengan orang yang kita sayangi tiba-tiba saat itu jugak ujian penyakit dan adanya yang meninggal dunia.Terasa berat sungguh ujian yang kita hadapi.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)

ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita sebagai hambaNya. ALLAH menguji seseorang bukan…

"Orang yang bahagia dapat membahagiakan orang, dan hanya orang yang tenang dapat menenangkan orang. Maka, jagalah hati kita supaya sentiasa mendapat ketenangan, kerana ‘Orang yang tenang sentiasa menang’"

4 jenis minuman penghuni neraka

1) al-Hamim ( minuman yg sangat panas )

Jubair berkata dari Ibnu Zaid: " Diberi minuman yg telah dididihkan sejak Allah SWT menciptakan langit dan bumi pada hari diminumkan dan disiramkan ke kepala para penghuni neraka."

Allah SWT berfirman:

" Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih
yg memuncak panasnya " ( Surah Ar-rahman: 44 )

dan " Diberi minum (dengan air) dari sumber yg sangat panas " ( Surah al-ghasyiyah: 5)

2) al-ghasaq ( nanah )

Ibnu Abbas menyatakan bahawa al-qhasaq adalah hawa dingin yg amat sgt sehingga tidak boleh dirasakan lg.

Ka'ab berkata: " Al-Ghasaq adalah mata air yg dialirkan dgn air panas. Pelbagai binatang berbisa seperti ular dan kala jengking ada di dalamnya. Dengan sekali celupan, kulit dan daging mereka luruh dari tulang hingga kulit dan daging itu bergayutan di punggung dan lutut manusia.

3) As-Shadid ( Muntah dan darah )

Allah swt berfirman : " Dia akan diberi minuman dengan air nanah &…

4 sifat untuk mendidik anak-anak:

1. Sentiasa hormat menghormati
2. Sentiasa ikhlas
3. Berlemah lembut
4. Sentiasa berfikir bagaimana untuk memberi manfaat kepada orang lain

7 Hal Penting Yang Perlu DiAjar Kepada Anak Anak

Menjadi ibubapa adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.

1. Mencuci pakaian sendiri

Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.

Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

2. Memasak yang sederhana

Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, unt…

...and that's the end to the misery. Let's move on because they need you. Do not be sad...

Its the solution to every prob.
There are people who need you n their future depend on u....so whatever happens life must go on.
There is always something good lies ahead yg penting jaga iman dan hati.

Warkah buat anakku - pengalaman derma Ustaz Rani

Sedang berjalan-jalan, ada orang datang meminta derma. Jejaka tampan berpakaian kemeja bertali leher berkata ia adalah untuk rumah orang tua, Ustaz Rani terus memberikan derma.

Semasa makan, ada pula orang yang datang menjual pen-pen, katanya adalah tujuan untuk mengutip derma bahawa sebuah sekolah agama berdekatan, Ustaz Rani terus memberikan derma.

Kemudian, datang lagi seorang makcik buta yang dipimpin seorang anak perempuan yang datang menjual tisu untuk mengutip dana, Ustaz Rani sekali lagi terus memberikan derma.

Datang pula seorang kanak-kanak yang datang menjual keropok dari Terengganu dan merayu-rayu agar kami membeli keropoknya, Ustaz Rani membeli 3 dan duit lebih berbaki diberikan kepada kanak-kanak itu dengan pesanan belajar baik-baik.

Selepas makan, berjalan ke kereta terjumpa seorang yang memakai jubah sedang menjual buku agama, katanya untuk mencari dana untuk membaiki surau di kampungnya, Ustaz Rani terus membeli tiga buah buku.

“Banyak duit pakcik saya…

10 Tips Mendidik Anak

Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan d…

Kerana perpisahan itu pasti

Kepada yang bernama isteri, kalian bergelar SOLEHAH,
Jika cintamu kepada suami berpada-pada,
Agar jika terpisahnya kalian, tidak 'membunuh' kewarasan minda,
Mencedera teruk perasaan dan emosi,
Hingga menjejaskan ibadah dan taqwamu dan cinta suami,
Kerana perpisahan itu pasti, walau sementara mungkin,
Salah seorang dari kalian mungkin lebih dahulu menemui ilahi, lalu terpisah..
Hatta jika kalian menemui ilahi bersama, ruhmu akan bergerak berasingan..terpisah,
Jika ditakdirkan kalian ke syurga..
Tidak diketahui berapa tempoh sebelum pertemuan di syurga itu, terpisah,
Kerana masing-masing pasti ada urusan perlu diselesaikan,
Bagaimana pula jika salah seorang masih belum di Syurga..?
Nauzubillah...
Justeru, wahai isteri..cintailah suamimu selepas Allah & RasulNya,
Pastinya Allah denganmu tiada terpisah,
Dengan itu, perpisahan dengan suami mampu ditanggung,
Rindu mampu ditangani,
Ujian dan cabaran cinta, emosi & perasaan, merapatkanmu kepada Allah
Bukan menjauhkan...lal…

Lewat 4Bulan

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni k…

SUAMI ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KPD ISTERI & ANAK2 SBB NAK BANTU IBUBAPA.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum shbt tersyg. Ramai isteri yg mengeluh SUAMI ABAIKAN TANGGUNGJAWAB KPD ISTERI & ANAK2 SBB NAK BANTU IBUBAPA. Mmg tjwb anak lelaki kpd ibubapa tak luput bila berkahwin, tapi tjwb suami kpd isteri & anak2 masih wajib di penuhi. Semua anak lelaki, termasuk saya, kena cari jln menang-menang: Keluarga tidak terabai & ibubapa masih terjaga! Jika keluarga terabai, suami tetap berdosa!
Ramai juga suami yg tak beri nafkah kpd isteri dgn alasan ISTERI BEKERJA & ADA DUIT SENDIRI! Isteri, walaupun kerja, masih ada hak atas gaji suami. Suami yg TAKDE HAK atas gaji isteri! Namun, isteri dpt pahala bila membantu beban suami dgn ikhlas. Mari kaji semula tjwb suami isteri agar bahagia dunia & akhirat. Moga Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.

Kadangkala tidak perlu....

ヅ Kadangkala tidak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala..cuma DIAM.

ヅ Kadangkala tidak perlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan..cuma SENYUM.

ヅ Dan kadangkala tidak perlu apa-apa untuk meraih cinta..cuma DOA.

ヅ Diam, senyum dan doa adalah kerja mudah yang payah, tanpa hati yang sentiasa ingat pada ALLAH.

Skirt Ketat

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat
separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri
disebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi
pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk
memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk
membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan
sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka
keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan
sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga
gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur
dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba
dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia
menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan
tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebu…

Yang penting dalam mana-mana situasi itu, baik bahagia atau derita, adalah bagaimana kita mengawal suasana, jangan sampai suasana yang mempengaruhi atau mengawal kita

"Aku tidak pernah rasa sedih ketika matahari terbenam kecuali kerana aku risau umurku ini makin meningkat tapi amalku masih belum bertambah.." ~Imam Al-Ghazali~

Wanita

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika…

~> Allah tak pernah janji..bercinta akan berakhir ke jinjang pelamin.. ~> Allah tak pernah janji..orang yg kahwin akan dapat anak.. ~> Allah tak pernah janji..orang yg kerja siang malam akan jadi kaya..

TAPI..

Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..! Siapa yang jaga SOLAT,maka dia adalah orang yg BERJAYA.Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan angkat KESEMPITAN HIDUP di dunia.Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan angkat SEKSA KUBUR.Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan beri BUKU AMAL dgn tangan kanan.Siapa jaga SOLAT,maka dia akan dapat lintas TITIAN SIRAT dgn sepantas kilat.Siapa jaga SOLAT,maka dia akan masuk SYURGA tanpa hisab.Lalu...janji apakah yg lebih baik dari ini?

"Well, too bad, I was here and you could have"

A married couple is travelling by car from Victoria to Prince George .
Being seniors, after almost eleven hours on the road, they were too tired to continue and decided to take a room. But, they only planned to sleep for four hours and then get back on the road.

When they checked out four hours later, the desk clerk handed them a bill for $350.00.

The man explodes and demands to know why the charge is so high. He told the clerk although it's a nice hotel; the rooms certainly aren't worth $350.00 for four hours. Then the clerk tells him that $350.00 is the 'standard rate'. He insisted on speaking to the Manager.

The Manager appears, listens to him, and then explains that the hotel has an Olympic-sized pool and a huge conference centre that were available for us to use.

"But we didn't use them," the husband said.

"Well, they are here, and you could have," explained the Manager.

The Manager went on to explain that the couple could also have…

Allah dah Tetapkan

Image

Amazing

Image

2 ujian yg paling sukar dlm hidup

Image

A bird sitting on a tree is never afraid of the branch breaking because her trust is not on the branch but on it’s own wings. Always believe in yourself.

Kalau tak boleh nak buat baik, jangan pula buat jahat. Sebab tak buat jahat tuh pun dah kira cukup baik. kan?

Warkah buat anakku Sayang: Percayalah Allah ada.

Wahai anakku,
Sekiranya engkau berasa susah hati, terasa bagaikan tiada pertolongan yang mendatang, terasa kesunyian dan marah kerana bantuan yang diharapkan tidak mendatang, jangan kamu cepat melatah.

Kawallah otakmu daripada melayang memikirkan mengapa bantuan tidak datang. Kawallah otakmu daripada khayalan membuatkan orang lain berasa salah terhadap kesusahanmu.

Dan segeralah kamu mencari seseorang untuk dibantu. Jika kamu inginkan orang membantumu, bantulah orang lain dahulu yang dalam kesusahan. Berdermalah. Berbuatlah amal. Lakukan apa sahaja di dalam kemampuan kamu untuk meringankan kesusahannya.

Ingatlah wahai anak kesayanganku, sesiapa yang menyenangkan orang yang susah Allah akan menyenangkannya di dunia dan di akhirat.

Sesiapa yang menutup keburukan seseorang Allah akan menutup keburukannya di dunia dan di akhirat.

Dan percaya dan yakinlah Allah akan menolong seorang hamba selagi mana ia berusaha untuk menolong saudaranya.

Senyum.

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH?

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.." Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.. Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia …

Warkah buat Anakku Sayang: Bila engkau malas membaca.

Wahai anakku,
Apabila aku melihat engkau malas membaca, aku terasa sebak kerana kamu telah menutup pintu kamu yang paling utama untuk kemasukan ilmu. Wahai anakku, ingatlah akal kamu bukan segalanya jika kamu tidak mengkayakannya dengan ilmu.

Tuntutlah ilmu dengan rajin membaca, wahai anak kesayanganku, kerana sesungguhnya ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali dalam hidupmu, engkau pandang rendah dan meremehkan darjat ilmu. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan menempatkan seseorang hamba Allah itu dalam kedudukan terhormat dan mulia. Percayalah wahai anakku bahawa ilmu adalah keindahan bagi seseorang hamba Allah di dunia dan di akhirat.

Tuntutlah ilmu selagi boleh, dan kamu belajarlah untuk ilmu itu ketenangan dan kehormatan diri. Jangan-jangan sekali kamu biadap dengan orang yang mengajar kamu. Belajarlah untuk menghormatinya dan bersikaplah rendah hati padanya.

Ingatlah, wahai anak kesayanganku, barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka A…

Warkah buat anakku Sayang: Jangan Merungut sayang?

Wahai anakku,
Engkau merungut berkata kamu gagal. Kamu berhujah kamu gagal dibandingkan dengan sahabat kamu dari segala sudut. Kamu berkata kamu malu dan tidak dapat menaikkan maruah aku dan bonda kerana pencapaian akademik, limpahan harta, ketinggian pangkat, anugerah yang bersusun-susun yang kurang daripada sahabat-sahabat kamu.

Wahai anakku,
Usah bersedih. Tidak berkerjaya bagus, berkereta canggih, berumah besar, pemilikan segala macam gajet teknologi terbaru, memakai pakaian mahal-mahal jenama bukanlah satu dosa. Usah mengeluh, wahai anakku, kerana semua itu juga bukanlah pengukur kejayaan hidup di akhirat.
Simpanlah air matamu, kerana tidak memiliki itu semua bukan tanda kegagalanmu dalam kehidupan. Namun kamu kena beringat, jangan pula kamu terlalu bergembira jika satu hari kamu berjaya mendapat kesemua itu, kerana itu adalah seberat-berat ujian Allah.

Wahai anakku,
Memang menjadi idaman semua untuk memiliki kenderaan yang mahal berjenama. Tapi ,apa bagusnya memil…

Allah Knows

Image

Kita tahu tapi ...

Image

Hati ini Milik Allah

Image

Solat bukan 'tayar ganti"

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan m…

Siapa yang bocorkan tayar?

Zila seorang pemilik nasi lemak. Walaupun Zila pandai memasak, akan tetapi Zila menggaji dua orang rakannya yang mengganggur untuk memasak di kedainya. Sekurang-kurangnya dua orang rakan ada kerja untuk menyara keluarga sementara Zila meneruskan kerja-kerja dakwahnya bersama seorang ustaz.

Dua rakannya dihantar menghadiri kursus nasi lemak untuk meningkatkan mutu masakan. Setelah 6 bulan, kemahiran dua rakan melebihi kemahiran Zila dalam pemasakan dan bisnes di nasi lemak juga bertambah baik.

Namun pada satu hari, salah seorang rakan berkata keluarganya tidak gembira dengan keputusan dia untuk bekerja di kedai nasi lemak. Kata dia, keluarganya akan mengeluarkan modal untuk dia untuk membuat kedai nasi lemak sendiri.

“Kamu yang masak. Mengapa nak kerja bawah orang?” desak keluarganya. Akhirnya rakannya membuka satu kedai nasi lemak berhampiran dengan kedai Zila dan menyebabkan bisnes Zila merudum.

Ketika itu, Zila cukup kecewa. Ramai yang bertanya mengenai nasibnya, tapi …

Kegagalan dan kekecewaan membuat kita begitu tertekan, tetapi ia juga mendatangkan kekuatan, membentuk watak, dan ketahanan diri, yang menjadi bekal penting guna mencapai kesuksesan..

Warkah buat anakku Sayang: Ego

Wahai anakku,
Bagaimana orang lain melihat diri kita tidak penting.Bagaimana kita melihat diri sendiri, itu adalah segalanya.

Wahai anak kesayanganku,
Beringatlah bahawa adalah lebih baik untuk kita kehilangan ego kepada orang yang kita sayang, daripada kehilangan orang yang kita sayang kerana ego kita. Ego tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Wahai anakku,
Dunia adalah tempat ujian. Ujian keimanan dan ketaqwaan. Ibarat bilik peperiksaan. Kita berada dalam bilik peperiksaan. Ada pantang larang, ada peraturan. Tidak semua yang kita ingin boleh kita lakukan. Begitulah kehidupan di dunia.

Dunia tempat kita bekerja, bukan tempat terima balasan atau upah. Manakala akhirat tempat kita menerima balasan, bukan tempat bekerja.
Senyum

Warkah buat anakku sayang: Jatuh bukan segalanya

Wahai anakku,
Engkau yang jatuh dan berdiri semula adalah jauh lebih kuat daripada sahabat-sahabatmu yang tidak pernah jatuh.

Tabahkan hati. Kejatuhan itu bukan kegagalan, kejatuhan itu adalah untukmu mengutip ilmu yang membawamu ke persada yang lebih tinggi daripada sahabat-sahabatmu.

Sambil kutip ilmu itu senyumlah, wahai anak kesayanganku, kerana ilmu itu tangga ke arah kejayaan.

Senyum

Before

Image

La TAhzan

Image

Setiap katamu

Image

Doa Kasih Sayang

Image

Ketika itu

Image

Allah adalah suatu nikmat kebahagiaan

Image

dan Saat ini...

Image

Erti Bahagia

Image

Tuhan...berikanlah aku kekuatan

Image

Pain makes you stronger. Tears makes you braver. Heartbreak makes you wiser. So thank the past for a better future.

Allah tidak menjanjikan hari yang selalu indah

Apapun yang terjadi, bersyukurlah, karena apapun yang buatmu tersenyum akan membuatmu kuat, dan apapun yang buatmu menangis akan membuatmu LEBIH kuat.

Ingatlah...
Allah tidak menjanjikan hari selalu indah dan mudah untuk dijalani. Tetapi Dia selalu memberi kekuatan untuk menghadapi cubaan.

Never beg people to stay

Image

Bila memberi, lepaskanlah

Bila memberi, lepaskanlah. Bila berbuat baik lakukanlah tanpa syarat. Jika kita menabur bakti tapi orang lain menjuih mulut, biarkanlah. Yang mendapat pahala ialah kita.Yang akan terang kuburnya, ialah kita.

Semalam banyak komen dan keluhan mengenai kepenatan berbuat baik, tetapi suami tidak adil, keluarga suami tidak adil dsbnya. Memang sakit bila kita diperlakukan sedemikian. Maka bertekadlah untuk tidak melakukan seperti itu.

Jika ibu mertua atau ayah mertua menyakitkan kita, lakukan terus kebaikan kepada mereka. Jika kita berdendam, kerugian hanya akan berada pada diri kita. Bila kita melakukan kebaikan dan berlapang dada melepaskannya dan menerima apa saja yang bakal datang.

Yakin dengan adilnya Tuhan yang Maha Mengetahui. Anda sangat dikasihi Tuhan. Semoga perkongsian ini menjadi air penawar kepada anda.

Berdoalah  agar kita diberi kesabaran dan dibersihkan hati kita daripada penyakit hati.

Bagaikan layang-layang

Image

Beza TAAT dan MENJAGA HATI

Sharing dari FB Prof. Dr. Rozieta Shaary

Pagi ini Ibu menerima perkongsian panjang lebar daripada seorang yang berniat mulia En. Mohd Khairul. Terima kasih, Ibu ucapkan. Perkongsian beliau ialah berdasarkan posting ibu semalam mengenai menjaga hati suami vs ibu bapa. Memang panjang posting ibu ini. Namun, ibu berharap sayang semua dapat membaca kerana ada penerangan sangat penting yang boleh memberi kecerahan kepada ramai mereka yang tersepit.
___________________________________________________________
Assalamualaikum En. Mohd Khairul Ilyasa Zainal, terima kasih diatas input yang panjang. Dan saya terkilan kerana apa yang saya sarankan semalam dipersalah fahamkan dan diguna salah oleh seorang ibu untuk menguatkan kata-katanya. dan mungkin ianya dialami oleh tuan sendiri.

Jika tuan baca balik posting saya diatas tanpa membaca komen orang lain, dimana ayat saya yang mengatakan mengenai KETAATAN? Apa yang saya katakan ialah MENJAGA HATI dan BERBUAT BAIK. Itu dua perkara yan…