Imbangan pelajaran hidup adalah diantara syukur dan sabar.


MUTIARA KATA UNTUK MU

1) Jika hari ini kau ditimpa musibah, ia petanda Tuhan sedang menduga kerana ada rezeki yang ingin diberiNya. Jika yang kau nantikan tidak kunjung tiba, lihat-lihatlah disekeliling kerana rezeki datang dalam pelbagai bentuk rupa. Jika setelah melihat tiada yang berubah disekelilingmu, tetap bersyukurlah kerana Tuhan memberimu rezeki berbentuk kesihatan usia dan rahmat untuk melihat langit dan memijak bumi buat sehari lagi disamping mereka yang kau kasihi.

2) Mengkritik bukan bererti menentang
Menyetujui pula tak semestinya menyokong
Menegur tak bermakna membenci.
Berbeza pendapat…
Adalah kawan berfikir yang TERBAIK!

3) Sebelum sampai ketempat perhentian janganlah lekas puas dan gembira jika nasib selamat. Tetapi bersyukurlah! Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah, janganlah bergoncang jiwamu, sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali sebab itu hendaklah sabar.

4) Imbangan pelajaran hidup adalah diantara syukur dan sabar. Perhitungan untung dan rugi bukanlah ditengah perjalanan tetapi di tempat perhentian akhir.

5) Jangan menbuang waktu dengan menanti. Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan.

6) Akal adalah alat hidup dan pedoman fikiran manusia tetapi ia terbatas di dalam lapangannya. Ada beberapa perkara dalam hidup yang tidak dapat kita faham, tetapi dapat dirasa menerusi hati.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang