Adakah sah solat saya jika kucing jilat kaki saya dan duduk atas riba.


 Kucing ini adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW. Kucing ini suka bermain dengan manusia dan suka duduk di atas rumah, sofa dan sebagainya. Sebab itu Allah ini Maha Bijaksana. Allah tak buat badak sumbu tinggal atas rumah kita, tak duduk atas sofa. Jika dibuat macam tu, termenung tuan rumah kena ganti sofa setiap hari. Nak berleter kat badak sumbu takut kena sondol. Redha je la. Persoalannya jika kucing jilat kaki kita, adakah batal solat. Jawabnya tidak batal. Bukan setakat kucing, jika singa jilat sekalipun tidak batal solat. Begitu juga kucing duduk di atas riba juga tidak membatalkan solat. Kecuali badan kucing itu kita nampak najis yang melekat. Semua binatang duduk di atas riba pun tak ada masalah kecuali anjing dan babi.. Badak sumbu pun tak ada masalah duduk atas riba dengan syarat tak terberak. Jika terberak batal wuduk dan solat..

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang