Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur

Duhai sahabatku sekelian yg dikasihi selalu.
Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidak mahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah,itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah,itu petanda hati kita jauh daripada Allah.Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang