Pelangi Yang Tersenyum


Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah. Dan tidak diketahui keberanian seseorang sehingga tiba waktu berperang. Demikian kata pendeta

Sewaktu di kejauhan, kekadang kebaikan, kejelitaan dan kesetiaan isteri kita akan lebih terasa. Bukankah terlalu dekat ada kalanya menjadikan kita buta? Ramai suami yang asyik memarahi isterinya apabila bersama, tetapi apabila isterinya itu meninggal dunia, maka dialah yang paling banyak meratap, menangis sayu kerana rindu dan cintakannya.

Apa yang ada sering dilupakan, apa yang tiada sering diidamkan. Itulah ungkapan untuk membayangkan sifat manusia ketika berdepan dengan nikmat jasmani dan itulah juga sifatnya apabila berdepan dengan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jadi, apabila berjauhan ertinya kita "hilang" seketika akan dirinya, maka sudah tentulah ini akan menyerlahkan semula cinta yang selama ini terpendam. Oh, rupa-rupanya cinta itu masih ada, malah masih membara dan menyala.



Percayakah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian Dia datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana mentari... rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan kita pelangi yang indah.

Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang