Marah itu mudah, SABAR itu Indah

Apalagi kalau bukan sabar. Sabar itu cukup indah. Tetapi di manakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar? Ya, bukannya mudah untuk tersenyum ketika ditimpa musibah, dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah. Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan, apakah kita mampu tersenyum? Mengapa yg sukar, pahit dan pedih itu dikatakan indah?

Sememangnya, sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Sabar ibarat sinar matahari. Meskipun ia panas dan tidak menyelesakan, manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan agar hidup segar dan sihat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibarat sifat sabar. Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan.

Sesungguhnya iman itu terdiri atas dua bahagian: sebahagian yang pertama itu ialah sabar dan sebahagian yang kedua itu ialah syukur.  Keduanya ini merupakan dua sifat dari sifat-sifat Allah Ta-™ala dan dua nama dari al-asmaa-ul-husnaa, dimana Dia menamakan Diri-Nya dengan nama ash-Shabuur dan asy-Syakuur
Allah berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu, akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung ” – Surah Az-Zumaar, ayat 10
Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah itu bersama orang-orang yang sabar“ – Surah Al-Anfaal, ayat 46
Apa yang di sisi kamu itu akan hilang dan apa yang di sisi Allah itu yang kekal.  Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan, menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya“ -“ Surah An-Nahl,  Ayat 96
Hadith Nabi saw bersabda -  “Sabar itu separuh iman
Ali r.a berkata pula -“ “Sabar itu dari iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh.  Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kapala.  Dan tidak ada iman, bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran

Semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan. Jalan menuju sabar yang indah itupun sudah indah!

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang