Selipar Rasulullah SAW



Pada suatu hari, seorang lelaki datang bertemu Khalifah Al-Mahdi dengan membawa sepasang selipar. “Wahai Amirul Mukminin, inilah selipar Rasulullah SAW. Saya hadiahkan ia kepada tuan,” katanya. “Bawalah ia ke sini,” suruh Khalifah Al-Mahdi. Beliau menyambut selipar itu dengan penuh hormat, lantas mencium dan menjunjungnya. Kemudian beliau menyuruh pegawainya memberikan lelaki terbabit wang sebanyak 10 ribu dirham. Setelah lelaki itu pulang, khalifah pun berkata kepada orang ramai yang ada di situ bahawa beliau tahu itu bukan selipar Rasulullah. Jadi, mereka pun bertanya, kenapa beliau tetap menerimanya. Beliau pun memberitahu, “Jika aku menolak, dia akan pergi kepada orang ramai dan berkata – “Aku telah menghadiahkan selipar Rasulullah SAW kepada Amirul Mukminin, tetapi beliau menolaknya.” Tentu mereka akan percaya. Di samping itu, ia merupakan pertolongan daripada orang yang mampu terhadap orang yang daif sekali pun yang daif itu zalim. Aku membeli mulut lelaki (si pembohong) itu dengan 10 ribu dirham. Aku fikir itu adalah lebih baik dan lebih bijaksana daripada tersiarnya berita bohong.”

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang