Aku Serik Untuk Bertepuk

Aku serik untuk bertepuk
Bukan kerana tidak berbunyi....
Bunyinya kuat
Terlalu kuat
cuma intonasinya tidak
menarik
Tanganku sakit

Aku serik untuk bertepuk
Kerana tanpa aku sedar
Yang aku tepuk ialah dinding
kukuh
Yang tiadak ada
Hati dan perasaan
Tidak tahu menilai
Apa jiwa yang menepuk

Aku serik untuk bertepuk
Tidak mahu lagi tangan sakit
Tidak mahu dengar gauman
kasar
Aku serik untuk bertepuk
Kerana bila kutepuk
Jangkanya dapat balasan
Gemalai
Namun cuma hina menyiram
Darah terpancul tidak menentu
Mengherdik
Dan mengherdik lagi
Kala aku mahu bertepuk
Bukan setakat tangan kanan,
tangan kiriku turut sakit
Kerana yang kutepuk adalah
dinding
Manusia berjiwa dinding
Yang buat hatiku juga turut
sakit

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang