Mudahnya kita mencari Kesilapan orang..


Kita mudah mencari kesilapan pada orang lain, adakah kita dapat mencari kesilapan pada diri sendiri?

Ambil sekeping kertas and tuliskan kesilapan kita. Kemudian, ambil lagi sekeping kertas lain, dan tulis kesilapan orang lain?

Berapa banyak kesilapan yang anda jumpa pada orang lain?

Apabila pada orang lain, kita mengkritik. Apabila kita sendiri, kita kata, tak mengapa, kita boleh cover.

Kita salahkan anak, salahkan orang terdekat, orang tersayang.

Jika kita mengkritik orang lain, siapa yang mengkritik kita?

Jika kita sangsi pada orang lain, siapa yang sangsi pada kita?

Jika kita bandingkan dengan orang lain, siapa yang bandingkan dengan kita?

Jika kita ketawakan orang lain, siapa yang ketawakan kita?

Jika kita merasakan seseorang itu bodoh, berapa lama kita rasa untuk orang lain berpendapat bahawa kita bodoh?

Tulisan ini adalah untuk muhasabah diri dalam hubungan seharian sesama manusia. Kita kena berusaha untuk faham akan diri sendiri.

Apa yang dilihat, dirasa, difikirkan bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan minda sendiri.

Bagaimana kita melihat dunia ini, bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan tafsiran minda kita sendiri.

Adakah anda faham akan diri sendiri dan minda sendiri?

Renung-renungan untuk malam Jumaat supaya anda dapat senyum sentiasa. SENYUM!

- Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang