Dalam Sujudku


Sujudku menguatkan aku. Kerana kutahu setiap kali dahiku menyentuh sejadah, Allah mendengar setiap rintihan hatiku.

Allah mengerti pedih di kalbuku. Allah juga tahu bahawa aku masih punya kekuatan untuk bangkit dan meneruskan langkah.

Ya Rabb..
Inginku berteleku panjang dalam sujud ini..
Inginku luahkan segala rasa yang berlagu di pelusuk hati,
hanya kepada-Mu Tuhan pemilik segala sanubari..

#“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya..” [HR. Al-Hakim]

"Allahuakbar"

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang