Nota dari Sahabat

Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang tidak reti nak mengasihi sesama makhluk, maka dia bakal tidak dikasihi Allah kelak..

Kita zaman laa ni suka naya kat orang, suka buat orang sakit hati, guane Allah dan Rasul nok sayang kita??

Kata sahabat saya, "sekali dikhianati, boleh je nak bagi peluang kedua tapi peluang takkan sama dah macam yang pertama..kalau nak juga macam yg pertama, earn it!"..

So, tak kira awak siapa, jangan sesekali khianat hamba Allah yang lain.. Saya akan TINGGAL je manusia macam ni..

..........................................................................................
Ada beberapa JANGAN yang kena ambik kira.

1- JANGAN HARAP yang suami akan kekal sampai hujung nyawa dengan kita. Tarikh nikah itu TAKDIR tapi pertengkaran, pergaduhan, percurangan yang akhirnya mengheret perceraian itu ATAS acuan diri masing-masing. JANGAN HARAP YA. Sebab kaum perempuan selalu HANCUR binasa kerana SILAP berharap. Pasai tu firman allah ' JANGAN kamu berharap-harap pada makhluk. Kamu HARAP saja pada Aku. Kamu tawakal saja pada Aku. Kamu INGAT saja Aku banyak-banyak. Aku yang URUS semua jadual hidup kamu '

Tapi DEGIL. Pastuh nak bunuh diri. Adeh.

2- JANGAN HARAP kemanisan SWEET bagai gula-gula kapas, cium dahi, pegang tangan, peluk manja-manja TIDAK PERNAH berubah moodnya. Sebab rumahtangga bukan hanya ada adegan MANIS-MANIS macam kicap jalen. Yang pahit-pahit macam peria pon ada. Dan mungkin lagi banyak hingga terjebak serangan kejutan jantung dan meninggal dunia ditempat kejadian 

3- Hah yang ini paling ramai TAK PERASAN. Tolong JANGAN fikir bahawa SUAMI akan SETIA cintanya pada kamu hingga KONON tak mampu pandang perempuan selain kamu. Kerana percaya lah LELAKI-LELAKI NORMAL syahwatnya akan BERHAJAT POLIGAMI. Tiada syurga didunia bagi seorang lelaki kecuali disebelah ada permaisuri dan dikelilingnya ada GUNDIK-GUNDIK yang bergetah. Tinggal lagi yang menjadi rintangannya adalah KEMAMPUAN. Ada yang pendek akal, main redah. Ada yang panjang akal, main skandal dulu buat stok outstation. PRFTTT.

keempat.
Lu fikir sendiri. HA HA.
Tidak, saya bukan berburuk sangka.
Saya hendak bongkar pemikiran lama.
Ini kemungkinan-kemungkinan yang mesti kita timbang duganya.

Maksud saya, kita lebih BERSEDIA untuk redho dan mengambil tindakan di masa akan datang. Contoh, kalau dulu suami romantik , sekarang suami bagi penampor.. DONT PANIC atau menangis berhari-hari lamanya. Please wake up dan FIKIR. Kenapa laki aku tampor? dia mabuk ketum? mabuk betina? stress ditempat kerja? bil air tertunggak? Bila ada jawapan. Solve problem..

Pertama, baiki hubungan dengan percipta. Kedua, baiki hubungan dengan ibu bapa termasuk pak mertua, ketika baiki hubungan anak-anak.Tujuannya untuk wujudkan suasana kekeluargaan. Ketiga, KOMUNIKASI yang di panggil muzakarah bersama pasangan. Dengar apa mahunya. Dengar apa puncanya. Bagi tempoh dan peluang. Dah habis buat semua, takdak perubahan...

Pulang balik pada Allah taala.
Tunggu petunjuk. Walaupon cerai dihalalkan, JANGAN DI GUNAKAN ikut nafsu sarakah. Guna ikut petunjuk allah. Jangan kita marah-marah bila dengar ada pasangan yang memilih untuk BERCERAI sebab ia bukan mudah. Bahasa paling mudah ' Kalau tak berpisah, aku boleh mampus sebab hari-hari kena pukul dan terseksa. '

 ................................................................................................

Saya tidak akan mungkin sekali-kali BEREBUT dan BERSAING hanya untuk mendapatkan/mengekalkan kasih sayang seorang lelaki. Apalagi merayu-rayu. Orang dah takmahu, angkat kaki BLAH! Tak kose nyah nak stay atas nama KESABARAN yang membodohkan diri-sendiri.

Never.
Saya akan pilih untuk berundur dengan AMAN.
Membawa haluan hidup masing-masing.
Dan bergembira menjalani hari-hari yang mendatang.

Hello isteri-isteri yang didera fizik, emosi dan mentalnya!

Kenapa mahu STUCK dan bermurung sampai sakit jiwa bertahun lamanya hanya kerana duduk berfikir KENAPA SUAMI DUAKAN AKU DAN KENAPA SUAMI TINGGALKAN AKU KERANA BETINA lain?

Hukum allah tidak mungkin menganiya.
Gunakan TUNTUTAN seorang isteri yang dibenarkan oleh syarak.

 ..............................................................................................
Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi..

Wahai wanita, jangan biar hatimu dirobek-robek oleh si "kumbang" busuk lagi bernajis. Dirimu berhak berasa bahagia. Bahagia dilimpahi kasih sayangNya.

Ingat pepatah:
"Mana mungkin lahirnya bayangan lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok."

Undur diri dulu. Assalamualaikum..
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang