Masih Takabbur....??




TANDA TAKABBUR


1. Tidak suka berdoa

2. Mudah Terluka dan melukakan hati orang lain

3.Sukar memberi dan meminta maaf

4. Memotong cakap orang lain

5. Gila kuasa dan jawatan

6. Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh

7. Gila pujian

8. Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya

9. Tidak suka berziarah


KESAN TAKABBUR


1. Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur

2. Tidak disukai Allah

3. Terhalang daripada masuk syurga

4. Idaman neraka jahanam

5. Terjerumus dalam maksiat

6. Allah tidak akan memandang kepadanya.



Itulah definisi, ciri dan tanda-tanda takabbur. Sekiranya sifat takabbur sudah menjadi tabiat ia boleh dikesan secara menyeluruh dan holistik. Sifat takabbur itu akan terzahir (menurut Imam al-Chazali) pada cara menundukkan kepala, duduk bersila atau bertekan ke lantai. Dan kelihatan juga pada perkataan, intonasi suara, cara berjalan, berdiri, duduk, gerak dan tenangnya.


Malang sekali kalau kita memeiliki sifat takabbur tetapi masih tidak menyedarinya kerana tidak mengenali ciri-cirinya. Akibatnya, ramai orang yang menganggap oranglain takabbbur, bukan dirinya. Padahal dengan menganggap sedemikian, dialah yang sebenarnya telah memiliki ciri takabbur. Bukankah orang yang takabbur itu merasakan bahawa "ana khairun minhu" - aku lebih baik daripadanya?

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang