Murabbi Cinta 2 : Iman Bukan Warisan

Kita tidak dapat berbuat apa-apa, jika ada ilmuwan agama yang sibuk mengajar orang lain. tetapi melupakan ahli keluarga sendiri. Bak kata pepatah Melayu, 'monyet di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Tiada siapa yang patut disalahkan jika diri sendiri yang mengabaikan amanah Allah terbesar itu.

Tetapi kita tidak harus lupa, bahawa hidayah adalah hak mutlaknya milik Allah.

Seorang ibu dan bapa, dengan segala ketinggian ilmu dan hikmah yang ada padanya, boleh sahaja mendapat kurniaan keturunan yang baik-baik seperti Ibrahim beranakkan Ishak, Ishak pula beranakkan Yaaqub dan Yaaqub pula beranakkan Yusuf, 'aliayhim al-solaat wa al-salaam. Tetapi tidak semua bapa dikurniakan zuriat seperti zuriat Ibrahim. Dan ada juga anak yg mulia, berbapakan bapa seperti bapa Ibrahim.

Ujian Allah tidak semetinya datang dalam bentuk penjara, bukan digam, bukan ditukar tempat kerja atau dibuang kerja. Tetapi ujian datang pada pelbagai bentuk yang kadang-kadang tidak mengangkat keperwiraan pejuang itu. Boleh sahaja seorang pejuan diuji dengan sakit yang memalukan atau ahli keluarga yang mensesiakan perjuangannya, tidak berkongsi nilai yang sama, atau mungkin sahaja memusuhi perjuangannya.

Ada kisah Nuh a.s dengan isteri dan anaknya. Malah ada kenangan  pada sirah Ibrahim a.s. dengan bapanya.

Bersederhana dalam percakapan dan tidak songsang dalam menghukum manusia atas perlakuan mereka dengan sewenang-wenang. Kita selalu lupa. Pemikiran songsang kita sering menghukum dengan cara yang berbeza. Kita tidak menilai kebaikan pada kebaikan itu sendiri dengan iman, ilmu dan akal kurniaan Tuhan, sebaliknya kita suka melihat peribadi. Suka mengintai apa yang tidak berkenaan dan tiada keperluan.

Saya masih ingat, seorang pakar motivasi terkenal dihebahkan kisah betapa rumah tangganya retak. Lalu mulalah masyarakat berkata-kata, "Huh, nak nasihat orang. Rumah sendiri pun tak tentu hala!" Saya tidak pasti, apakah ada manusia yang duduk sekapal dengan Nuh a.s berdakap dengan bahasa sebegini tatkala anak dan isteri baginda ditelan banjir besar dalam kekufukuran. Apakan ada sesiapa di kapal itu yang goyah keyakinannya terhadap seruan Nuh, tatkala ajarannya ditolak oleh manusia yang paling rapat dengan baginda?

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang