Bukan Cinta Biasa!


Mereka yang memilih bercerai, inginkan bahagia di tempat, suasana atau dengan keadaan yang lain (dan mungkin juga dengan orang yang lain?). tidak ada gunanya mempertahankan perkahwinanyang tidak bahagia...cari sahaja bahagia di tempat yang lain. Mereka yang bertahan pula mungkin merasakan, jika pasanganku ini pun tidak memberikan aku bahagia, sedangkan aku yang mencari dan dicarinya dulu. Mana ada jaminan aku bahagia dengan orang atau di tempat yang lain? Biarlah, aku bertahan sahaja...


Siapa antara kedua-dua golongan ini yang lebih bernasib baik? Yang bercerai untuk mencari bahagia atau yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia? Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu mereka yang bersabar dengan perkahwinanyang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai.


Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh daripada iman. Dan dalam iman itulah tersemat roh kalimah "Kalimah Allah". Sesungguhnya, Allah bersama dengan orang yang sabar. Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya bukan orang yang bijak, cantik dan ternama...tetapi oleh orang yang sabar.


Dalam hal ini, walau seteruk manapun kerenah pasangan kita, belajarlah menerima dia seadanya. Bersabarlah dengan sikapnya kerana dia pun hakikatnya sedang belajar bersabar dengan kerenah kita. Jangan marah jika dia tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki kerana kita juga hakikatnya tidak berubah mengikut apa yang kita sendiri kehendaki.


Kita tidaklah setabah Siti Hajar dan pasangan kita pun tidak sebaik Ibrahim.. namun setidak-tidaknya kita mengakui dan sentiasa mencuba untuk bersabar dengan peneguhan kata "kerana Allah". Ingatlah, ragam, kerenah dan tabiat pasangan kita bukan semuanya untuk diselesaikan. Seperti juga masalah-masalah hidup yang lain, ada yang dapat diselesaikan dan ada yang tidak.


Bagaimana menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan? Ya, ada masalah yang kita "kene hidup dengannya". Selama-lamanya. Ia memang tidak dapat dan tidak perlu diselesaikan..Mengapa?Allah takdirkan begitu sebagai saluran kita merintih, merayu dan bergantung kepadaNYA.


Oh, rupa-rupanya Allah pasangkan kita dengan pasangan kita untuk kita saling merintih kepada Allah dalam menghadapi kerenah masing-masing. Allah menguji kita melalui dia, Allah menguji dia melalui kita. Inilah yang kita belajar daripada cinta dan sabar dalam rumah tangga Nabi Ibrahim a.s dan isterinya Siti Hajar. Sesungguhnya, cinta mereka itu bukan cinta biasa!

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang