"...it's not what happens to you, but it's what you do about it."




Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia itu berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan, bencana dan lain-lain. Jadi. Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai. Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itu adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?




Musibah ditakdirkan untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah Maha Mengetahui) sejauh mana keimanan hati kita.




Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."(Riwayat Muslim no. 6708)




Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Apabila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh sebab itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya.




Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas sebab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan Allah. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w ada bersabda bahawa ujian yang berlaku kepada manusia sama ada untuk memuliakannya tau menghinakannya.




Musibah menimpa semua manusia - tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Suma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap "...it's not what happens to you, but it's what you do about it."




Bukan kerana apa yang berlaku terhadap kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab denga Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka adalah sama. Ya, kita tidak boleh menglakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.




Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang