Teguran Nabawi


Dalam kehidupan ini, manusia tidak dapat lari daripada dua keadaan - ditegur atau menegur. Semua orang dapat menerima kenyataan bahawa terkadang dia perlu ditegur kerana melakukan kesilapan dan terkadang dia juga perlu menegur untuk membetulkan kesilapan pihak lain.


Tulisan ringkas ini bukanlah bertujuan untuk membuat satu kesimpulan yang menyeluruh tentan cara teguran dalam Islam. Tetapi tujuan saya adalah untuk mengingatkan kita terutamanya yang terlibat dalam dakwah - secara khusus atau tidak - agar berhati-hati ketika melihat kesilapan yang ingin diperbetulkan.


Adakah kita perlu menggunakan cara kasar atau dengan berlunak? Adakah kita perlu menegur dengan panjang lebar atau cukup dengan hanya peringatan ringkas? Adakah kita menegru dengan memberikan penjelasan atau cukup dengan yanga teguran umum?


Namun apa yang mampu saya tegaskan di sini untuk faedah bersama ialah:


Pertama, teguran perlu dilakukan untuk membetuklan keadaan terutama jika ia melibatkan perkara yang penting dalam kehidupan.


Kedua, teguran adalah penting, tetapi apa yang lebih penting ialah cara membuat teguran.


Ketiga, tidak mungkin kita boleh melakukan satu sahaj bentuk terguran untuk keadaan dan orang yang berbeza. Cara teguran untuk keadaan orang yang berbeza. Cara teguran itu mesti ditentukan dengan ilmu dan kebijaksanaan.


Keempat, teguran mestilah mempunyai matlamat untuk memberikan pengetahuan dan membantu, bukan menghina atau menjatuhkan semangat.

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang