Waktu-waktu Mustajab Berdoa


1. Ketika hujan

2. Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera-tentera(berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujuan." (hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam Al Nawawi dalam Al Azkar)

4. Waktu antara azan dan iqamat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat."

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat

6. Ketika sujud dalam solat

7. Ketika khatam al-Quran (30juzuk)

8. Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malah yang akhir dan pada waktu sahur

9. Sepanjang Hari Jumaat

10. Kerana mengharapkan bertemu saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat

11. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang