Suami Cerewet...


Memang tidak ramai orang yang sanggup mengakui kesilapan diri sendiri, lebih-lebih lagi kepada orang yang berada di bawah kekuasaannya seperti isteri. Tetapi sekiranya seorang suami itu sanggup mengakui kelemahan diri dan kesilapan yang dilakukannya, bererti dia seorang suami yang rasional dan "gentleman".



Sekiranya suami cerewet:


- Isteri selalu dalam keadaan serba salah. Apa saja yang dilakukan menjadi serba tidak kena dan salah.


- Dalam melakukan kerja, isteri akan berada dalam keadaan tertekan


- Mindanya akan sering berfikir; adakah apa yang dilakukan olehnya menepati kehendak suami?



- Isteri akan mengalami rasa rendah diri dan berasa banyak kekurangan


- Kerap disalahkan akan membantutkan daya kreativiti isteri

- Hati isteri akan memberontak dan mencari peluang untuk " memulangkan paku buah keras" apabila ada kesilapan yang dilakukan oleh suami


- Apabila kerap ditegur dan diarah boleh mencetuskan pertengkaran jika isteri menjawab untuk membela diri.


Sebaiknya apa yang seorang suami miliki atau rasai maka begitu jugalah sepatutnya diberikan kepada isterinya. Seorang suami yang mengenekan pakaian yang indah, memakan makanan yang lazat, minum minuman segar, melancong ketempat yang menarik dan lain2 lagi, maka perkara yang sama hendaklah juga dikongsi bersama isteri dan keluarganya. Selain menggembirakan hati isteri, ia dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.


Memuliakan Keluarga Isteri: Berbakti kepada mertua harus disamakan dengan berbakti kepada ibu bapa kandung sendiri. Suami tidak sepatutnya menghalang isteri untuk menziarahi dan berbuat baik kepada ibu bapanya. Malah, suami yang soleh tidak akan mengabaikan kebajikan mertuanya. Rumah tangga tidak akan mendapat berkat Ilahi sekiranya tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa dan juga mertua.





Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang