Taat Suami dalam Maksiat

Saya ingin memakai hijab (tudung). Namun suami saya tidak membenarkan dengan alasan takut saya akan terasing dalam pergaulan masyarakat. Mohon Nasihat.


Tidak boleh taat kepada makhluk untuk bermaksiat kepada Allah. Dalam kes ini. seorang isteri boleh untuk tidak mentaati suaminya kerana si suami tidak memerintahkan sesuatu yang bersesuaian dengan syariat, malah bertentangan dengannya.
Perkara ini (iaitu keputusan tidak memakai tudung) tidak boleh dilakukan oleh suami ataupun isteri. Isteri akan dihisab di sisi Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:" Seseorang tidak akan menanggung dosa orang lain."
Isteri tidak boleh mentaati suami dalam perkara ini. Kenyataan si suami itu jelas menungukkan kekeliruan. Orang yang bertudung tidak terasing daripada pergaulan. Tudung telah menjadi perkara biasa di seluruh timur dan barat, dari Amerika hingga ke Jepun Ia tidak menyebabkan pengasingan diri. Larangannya itu tidak lain hanya berpunca daripada syahwat dan tipu daya dunia yang menimpa hati manusia.


Sumber: Majalah Al Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang