Panduan Cegah Zina

Bagaimana caranya untuk mengelakkan mana-mana ahli keluarga kita daripada terjerumus dalam noda zina ini?

Dalam rangkaian usaha agar tidak sampai menghampiri zina, Islam banyak memberikan peraturan sopan santun yang tidak boleh dipandang ringan oleh sesiapa pun. Antaranya sebagaimana yang disebut dalam surah al-Nur, ayat 27,30-32, 60 dan surah al-Ahzab ayat 32-33 serta surah2 yang lain.

Rumusannya:

  1. Peraturan memasuki rumah seseorang dengan memberi slam dan hanya masuk apabila diizinkan.
  2. Menjaga pandangan mata.
  3. Memakai pakaian yang menutup aurat, sopan dan tidak berhias.
  4. Meminta izin untuk memasuki bilik tidur ibu bapa.
  5. Wanita bercakap dengan nada yang tegas dan tidak melunakkan suara
  6. Mencara jodoh pasangan yang beragama setelah anak berkemampuan untuk berkahwin.

Nasihat saya kepada para ibu bapa, jika ada anak yang sudah menemui calon pasangan hidupnya yang disenangi oleh agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah mereka dan permudahkanlah segala urusan perkahwinan mereka. Jangan sesekali ibu bapa yang menjadi penghalang terhadap perkahwinan anak2 kita dengan pelbagai syarat dan peraturan yang membebankan dan menyusahkan. Sesungguhnya agama itu mudah.


sumber: majalah Al-Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang