Isteri Berkerjaya Tetap BERHAK terima nafkah

Bolehkah seorang suami menjadikan gaji isterinya yang bekerja sebagai miliknya dan memantau semua perincian perbelanjaan isterinya itu? Dan Bolehkah suami tidak menanggung nafkah makan minum dan perubatan isterinya atas alasan si isteri berkemampuan untuk menanggung dirinya sendiri?

Seorang suami mempunyai tanggungan kewangan sendiri. Begitu juga isteri memiliki tanggungan kewangan sendiri. Maka seorang suami tidak boleh meminta semua atau sebahagian daripada gaji isterinya. Ini kerana gaji itu milik penuh isterinya dan dia bebas untuk membelanjakannya.
Seorang suami juga tidak boleh mengabaikan tanggungjawab nafkah dengan alasan isterinya memiliki wang untuk membiayai dirinya sendiri. Hal ini kerana nafkah isteri merupakan kewajipan ke atas suami meskipun isterinya lebih kaya daripadanya.

sumber: Majalah Al Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang