Pengantin Berpakaian Ketat

Bolehkah bakal pengantin perempuan memakai pakaian ketat ketika majlis perkahwinan?


Terima kasih atas soalah yang sangat baik dan penting untuk difahami oleh semua Muslimah. Kesemua fuqaha sepakat berpendapat bahawa haram bagi wanita untuk berpakaian ketat kecuali dalam dua eadaan shaja:
- Di hadapan suami
- bukan di hadapan lelaki yang bukan mahram

Huraian:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada golongan lelaki yang beriman supaya memelilhara pandangan mereka (daripada melihat perkara haram) dan memelihara kehormatan mereka."(surah al-Nur:30)

Menurut al-Qurtubi, ayat ini jelas mengharamkan golongan lelaki untuk sengaja melihat aurat wanita. Bermula dengan tabiat melihat kepada perkara ditegah syarak, akhirnya membawa kepada perbuatan zina.
Dalam masa yang sama, Allah mengarahkan wanita supaya memelihara aurat mereka daripada dilihat oleh golongan lelaki yang bukan mahram. Firman Allah yang bermaksud:" Dan katakanlah kepada kaum wanita yang beriman supaya menyekat pandangna mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka, janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, hendaklah mereka menutup bahagian dada dngan tudung kepada dan jangalah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."(surah al-Nur:31)
Ayat ini sangan jelas melarang golongan wanita mempertontonkan susuk tubuh kepada kaum lelaki. Ini kerana perbuatan tersebut boleh mendatangkan fitnah kepada golongan lelaki selain menjadi punca kepada zina, rogol, gnagguan seksual dan sebagainya.
Atas dasaritu, para ulama khususnya mazhab Syafi'i telah mewajibkan golongan wanita yang telah baligh agar menutup keseluruhan tubuh mereka dengan pakaian yang mampu menghalang daripada dilihat oleh lelaki bukan mahram. Namun begitu, kawasan muka dan pergelangan tangan mereka adalah dikecualikan daripada arahan.

sumber: majalah Al-Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang