Seluar Dalam Terkena Darah Haid

Saya diberitahu oleh rakat sepejabat saya bahawa seluar dalam yang terkena darah haid tidak boleh dipakai lagi buat selama-lamanya ketika solah walaupun ia telah dibasuh bersih. Betulkah begitu ustaz?

Jawapan:

Ringkasan: Tidak benar sama sekali. Penentuan hukum berhubung isu ini memerlukan kepada penjelasan yang betul dan terperinci.

Huraian: Secara asasnya, darah haid merupakan najis. Jika ia terkena pada pakaian, maka kita tidak boleh memakainya untuk solat. Justeru, seluar dalam wanita yang terkena darah haid tidak boleh digunakan untuk solat sekiranya ia belum dibasuh dengan betul. Sebaliknya, sekiranya ia telah dibasuh dengan betul,  maka seluar dalam berkenaan sudah boleh dibuat solat walaupun ada kalanya warna darah tersebut masih kekal di situ kerana kesukarannya untuk hilang.

Hujah: Seorang perempuan telah datang bertemu dengan Baginda lalu bertanya:" Ya Rasulullah, baju salah seorang daripada kami telah terkena darah haid. Bagaimanakah caranya untuk dia membersihkan baju berkenaan?"

Jawab Nabi s.a.w yang bermaksud: "Pertama sekali, kikislah kesan darah kering yang terdapat pada bahunya itu. Kemudian basuhlah pakaian itu dengan air (di samping dia menggosokkannya dengan jari-jemarinya). Setelah itu gunakanlah ia untuk solat."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini sangat jelas menunjukkan bahawa pakaian wanita yang terkena darah haid setealah dibasuh dengan betul boleh digunakan kembali untuk solat tanpa waswas.

Sumber: Majalah Al-Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang