Melepaskan Peluang ke Syurga

Ramai orang yang tidak kenal erti berbudi dan berbakti kepada ibu bapa. Ramai yang acuh tak acuh dengan keperluan dan kehendak iub bapa. Akhirnya, mereka sendiri melelpaskan tanggungjawab besar yang telah diamanahkanoleh Allah. Mereka berpendapat, biarlah ibu bapa mereka hidup sendiri.

Kenapa jadi begini? Kenapa? Sebabnya mereka tidak melihat kesusah itu akan mendapat balasan pahala. Mreka tidak mengeri bahawa berbakti kepada ibu bapa membawa hasil lumayan di akhirat. Apabila mereka meninggalkan ibu bapa, itulah saatnya mereka melepaskan syurga dari tangan mereka.

Kisah-kisah orang yang melepaskan peluang ke syurga dengan menderhakai orang tuanya sangatlah banyak. Mungkin saudara akan mendapati kebanyakkan orang tua yang sedang terbaring di hospital itu hanya ditemani oleh pembantu rumah atau pemandunya, bukannya anak kandung mereka sendiri pun. Semoga Allah melindungi kita daripada musibah sebegini. Ingatlah bahawa dosa menderhakai ibu bapa akan diterima sebelum mati. Jika kita tidak cuba berbakti kepada ibu bapa, maka sudah terang lagi bersuluh bahawa kita sebenarnya sedang menempah satu lubang di nera Allah s.w.t.

sumber: Majalah Al-Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang