Bolehkah ayah mencium anak perempuannya?

Setiap kali saya ingin pulang semula ke kampus, ayah saya aka mencium saya sebelum berpisah. Bolehkah seorang ayah mencium anak perempuannya atau seorang ibu mencium anak lelakinya walaupun sudah dewasa?

Jawapan:

Kita tidak dapat nafikan bahawa seorang ayah adalah mahram bagi puterinya dan dibolehkan bagi si anak untuk tidak berjijab di hadapan ayahnya. Yang menjadi pertanyaan disini, bolehkah seorang ayah mencium puterinya yang sudah baligh dan sebaliknya?
Dirawayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustradrak, Saidatina Aisyah berkata,"Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih mirip dengan Rasulullah SAW dalam ucapan dan perkataan daripada FAtimah r.ha. Apabila Fatimah datang kepada baginda, Banginda mengucapkan selamat datang kepadanya, berdiri menyambutnya, kemudian memegang tangannya, menciumnya dan mendudukkan Fatimah di tempat duduk beliau. " Kata Imam az-Zahabi, "Hadis ini sahih".
Tidak ada dosa dan kesalahan bagi seorang ayah untuk mencium puterinya yang sudah besaru ataupun yang masih kecil tanpa disertai syahwat. Namun ustaz nasihatkan supaya ciuman itu diarahkan ke pipi seorang anak atau sebalinya apabila telah dewasa. Ciuman pada bibir terkadang akan menggerakkan nafsu dan syahwat ditambah pula dengan suasana zaman sekarang yang memandang bahawa ciuman mulut ke mulut adalah ciuman kemestaan pasangan kekasih. Maka meninggalkanya lebih utama dan lebih berhati-hati.
Demikian pula si anak, boleh  mencium ayahnya  pada hidung atau kepalanya tanpa disertai syahwat. Seorang ibu juga boleh mencium anak lelakinya di dahi, pipi atau diatas kening dan begitulah sebaliknya. Adapun apabila ciuman itu disertai syahwat wlaupun dibahagian mana sekalipun, maka haram hukumnya supaya menutup fitnah dan menutup ruang yang membawa kepada perbuatan keji.
Wallahualam.

Sumber: Majalah Gen-Q

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang