Gagal Menilai Sebuah Pahala

Manusia semakin buta menilai sebuah pahala. Mereka tidak mampu mengerti manfaat pahala. Biasanya ucapan pahala dan dosa itu bagaikan permainan danjenaka semata-mata. Ramai orang tahu cara mencari duit, tetapi ramai orang lupa cara mendapat pahala dan sumber-sumbernya.

Antara sumber pahala yang terbesar kepada manusia ialah hubungan baik antara anak dan ibu bapa mereka. Realitinya, ramai orang melarikan diri daripada berkhidmat untuk ibu bapa. Ramai anak-anak yang tidak mahu menyusahkan diri dengan berkhidmat untuk ibu bapa, sedangkan itulah sumber utama untuk mendapatkan bonus di akhirat.

Mereka ialah orang yang melarikan diri daripada tanggungjawab dan meninggalkan ayah atau ibu mereka pada saat mereka memerlukan perhatian Mereka fikir ia suma perkara picisanl Sebenarnya mereka tidak hanya meninggalkan orang tua mereka, tetapi mereka telah menjauhi syuraga Allah. Memang terbukti bahawa kisah seperti ini banyak sekali terjadi.


sumber: Majalah Al-Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang