Hinakah Anak Luar Nikah?

Soalan:

Ustaz, saya selalu dihina oleh kawan-kawan disebabkan saya anak luar nkah. Saya tetap bersabar walaupun hati rasa terluka. Mereka mengatakan nama saya berbinkan Abdullah, sedangkan ayah yang membela saya bernama Hasyim. Abang dan kakak sya juga selalu menghina saya anak luar nikah. Saya rasa tersisih dan terhina. Bolehkah ustaz memberi motivasi kepada saya?

Jawapan:

Penghinaan manusia kepada manusia yang lain adalah lumrah perjalanan dunia sejak dahulu hingga sekarang. Lidah yang tidak bertulang kadang-kadang lebih tajam daripada pedang apabila ia tidak dilembutkan dengan iman dan takwa depada Allah s.wt.

Janganlah saudara terlalu bersedih sehingga memudaratkan diri. Namun sebaliknya, hendaklah pasrah dan redha, serta berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek, agar tidak dipandang rendah lagi pada masa akan datang. Jika diteliti, sehingga Allah dan Rasul-Nya juga pernah dikutuk dan dihina oleh manusia, inikan pula kita manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesalahan.

Bina kekuatan motivasi saudara dengan keyakinan bahawa walau sesiapa pun yang membenci dan menghina saudara, namun kita masih ada Tuhan yang sentiasa sayang kepada kita. Cukuplah Allah s.w.t sebagai tempat pengharapan kepada kita yang Maha Menyayangi, Maha Mengasihi dan Maha Merahmati.

Jika ada orang mengeji, megadulah kepada Allah. Jika ada yang membenci, harapkanlah kasih sayang Allah, Jika ada yang menjauh, maka yakinlah bahawa Allah s.w.t sentiasa mendekati dan merahmati kita.

Ustaz mahu menceritakan serba ringkas kepada saudara yang bertanya dan pembaca sekalian berkenaan kasih sayang Allah s.w.t kepada hambaNya. Mudah-mudahan, kefahaman yang murni berkenaan kasih sayang Allah akan memberikan motivasi kepada semua.

Imam Muslim meriwayatkan melaui jalur sahabat yang mulia Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya, Allah memiliki 100 rahmat. Diturunkan satu rahmat daripadanya (dan diberikan) kepada jin, manusia, binatang ternakan dan binatang yg berbisa. Maka dengannya mereka saling berbelas kasihan dan saling merahmati. Dengannya juga binatang buas mengasihi anaknya. Allah s.w.t mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (yg berbaki) untuk  Dia merahmati hambaNya dengan rahmat itu pada hari kiamat."

 Subhanallah, tiada siapa yang dapat menandingi Allah kepada hambaNya. Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa sahaja tanpa meminta sedikit pun balasan dan kepentingan. Berbeza dengan mahkluk yang memberikan kasih dan sayang kerana ingin mendapat pulangan kasih yang diharapkan. Manusia memberikan kasih kepada manusia lain agar turut dihasihi. Begitu juga kasih kepada haiwan. Ini kerana Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi."

Itulah kasih sayang makluk, yang mempunyai sempadann, had dan harapan di sebaliknya.

Kasih Allah s.w.t tidak bertepi dan bersempadan. Bahkan tidak setara seperti kasihnya ibu kepada anaknya. Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikrannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya. melihat betapa kasihnya seroang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat:

"Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencapakkan anaknya ke dalam api?" Jawab para sahabat:"Tentu sekali tidak." Rasulullah bersabda:" Allah lebih kasih kepada hambaNya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberikan kasih sayang seumpama Allah kepada makhluknya. Kasih sayang Allah yang begitu luas dapat kita lihat dengan berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kepada hambaNya walaupun mereka melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat.

Orang yang kafir dan ingkar di dunia, mereka tetap hidup senang-lenang dengan kemwahan dunia yang sementara. Itu juga adalah rahmat Allah.

Orang Islam pula, turut mendapat kesenangan di dunia walaupun bergelumang dengan maksiat. Itu juga dengan sebab kasih sayang Allah s.w.t


Dipetik dari Majalah Al-Ustaz
Ruangan Ustaz Mohd Azrul Bin Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang