Antara contoh kisah kasih dan sayang Allah s.w.t

Dalam al-Quran amat banyak ayat yang menyebut nama Allah s.w.t dengan al-Rahman dan al-Rahim. Kedua-dua nama ini menunjukkan maksud yang hampir serupa iaitu Maha Memberikan Rahmat. Kasih dan syang amat berkait rapat dengan sifat rahmat.

Imam Fakrhruddin al-Razi dalam kitab tafsirnya Mafatih al Shayb menghuraikan ayat ke 3 surah al-Fatihah mendatangkan dua kisah yang amat menarik bertaikan sifat kasih sayang Allah s.w.t

Kisah pertama ialah pengalaman Ibrahim bin Adham seorang sufi yang terkenal.  Ibrahim bin Adham mencerikan bahawa suatu hari beliau pernah dihidangkan makanan berupa roti oleh suatu kaum yang beliau kunjungi.

Ketika hendak menyuap ke mulutnya, tiba-tiba datang seekor gagak mengambil roti itu. Hairan dengan burung gagak yang berani mengambilnya daripada tangan manusia, beliau segera mengikuti ke mana gagak itu pergi. Tidak beberapa jauh dari situ, gagak itu tiba-tiba menjatuhkan makanan yang diambilnya itu ke sebuat tempat yang agak tinggi. Ibrahim segera pergi ke tempat itu.

Sesampainya di sana beliau melihat bahawa roti tersebut dijatuhkan kepada seorang yang sedang dalam keadaan terikat kedua-dua tangannya.

Maha Suci Allah daripada segala kekurangan dan bersifat dengan al-Rahman dan al-Rahim yang telah menggerakkan gagak ni untuk membantu hambaNya yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Kisah kedua pula ialah pengalaman seorang sufi yang bernama Zunnun al-Misri. Zunnun al-Misri bercerita: "Suatu hari, hati saya berasa tidak tenang. Lantas saya keluar dari rumah menuju ke tebing sungai Nil agar hilang kegelisahan hatiku. Tiba-tiba saya melihat seekor kala jengking, berjalan menuju sungai Ni. Saya ikuti arah jalannya. Apabila sampai di tepi sungai Nil, kelihatan seekor katak yang seolah-olah sedang menunggunya. Kala jengkin itu terus melompat ke belakang katak tersebut dan katak itu kemudiannya berenang mengendong si kala jengking ke seberang sungai Nil. Saya segera mengikutinya dengan menaiki sebuah perahu kecil. Di sana saya menyaksikan kejadian yang sungguh menggagumkan . Saya melihat seorang anak muda yang sedang tidur di bawah sebuah pohon dan ada seekor ular berbisa yang hendak menyerangnya. Kala jengking yang dibawa oleh kata menyeberangi sungai Nil sebentar tadi lantas turun dan melompat ke arah ular tersebut. Lalu terjadilah pertarungan antara kedua-dua makhluk itu. Akhirnya, kedua-duanya mati dan si anak muda tetap tidur nyenyak."

Kisah menakjubkan ini diceritakan oleh Imam Fakhruddin a-Razi dalam kitab tafsirnya. Kisah ini menjadi isarat kepada kita bahawa rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t amat luas sama ada manusia merasai dan menyedarinya ataupun langsung tidak menyedarinya.


dipetik dari Majalah al-Ustaz
Ruangan: Ustaz Mohd Azrul bin Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang