Bolehkah iblis, jin dan syaitan menyerupakan diri?

Walaupun, pada hakikatnya iblis, jin dan syaitan tidak boleh dilihat, tetapi dengan kelebihan tertentu, iblis, jin dan syaitan boleh menyerupakan diri dengan rupa tertentu termasuk bagi tujuan menakut-nakutkan manusia.

Al-Qadhi Abu Ya'la Muhammad bin al-Husain bin al-Farraa' berkata: "Tidak ada kemampuan bagi syaitan untuk mengubah penciptaan mereka dan berubah bentuk. Namun Allah boleh sahaja mengajarkan kepada mereka beberapa kalimat dan perbuatan. Jika ia mengucapkan kalimat tersebut atau melakukan perbuatan-perbuatan tersebut Allah s.w.t  akan mengubahnya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Dikatakan: syaitan mampu untuk mengubah bentuk dan membuat khayalan dengan maksud bahawa ia mampu untuk satu perkataan yang jika ia mengatakannya atau melakukannya, maka Allah akan mengubahnya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Ada pun jika ia mengubah dirinya sendiri, maka hal itu mustahil, kerana berubah dirinya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain akan menguraikan struktur dan merombak bahagian-bahagiannya. Apabila hal itu terjad, maka musnahlah kehidupan" (rujuk Aakaam al-Marjaan, hlm. 19)

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah: "Sesungguhnya hantu pernah sebutkan di sisi Umar al-Khattab. Maka beliau berkata:'Bahawasanya tidak ada yang mampu untuk merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah s.w.t mula-mula. Namun mereka mempunyai tukang sihir yang ada di antara kalian. Apabila kalian melihat hal itu, maka ucapkanlah azan kepada mereka." Al Hafiz Ibh Hajar berkata: " Isnadnya sahih" (Rujuk Fath Al-Bari jil6, hlm 344)


dipetik dari Majalah al-Ustaz
Ruangan: Mohd Aizam Mas'od

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang