Bagaimanakah Allah s.w.t mengasihi hambaNya?

Halal dan haram adalah bentuk kasih sayang Allah s.w.t kepada hambaNya. Suruhan dan tegahan daripada Allah tanda begitu kasihnya Allah s.w.t agar tidak terjerumus dalam tipu daya syaitan dan nafsu yang menyesatkan.

Setiap anggota yang ada di tubuh manusia terutamanya akal adalah nikmat Allah s.w.t yang tidak dapat dihitung dan dibalas. Dengan pacaindera yang pelbagai, manusia menjadi sangat mulia dan terhormat daripada makhluk yang lain.

Islam dan iman adalah nikmat yang paling terbesar yang kita perolehi. Bayangkan, orang kafir yang melakukan kebaikan sebesar gunung, tidaklah dinilai di sisi Allah s.w.t  berbanding kebaikan orang beriman walau sebesar kuman sekalipun, akan dibalas dengan balasan yang setimpal.

Allah s.w.t mengampunkan dosa para hambaNya walaupun dosanya menjangkau seluas langit dan bumi.

Satu kebaikan yang dibuat, akan dibalas dengan 10 pahala. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesiapa yang membawa amal yang baik maka baginya (pahala) 10 kali ganda amalnya. Sesiapa yang membawa perbuatan yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikit pun tidak dizalimi (dirugikan)" (surah al-An'am 6:160)

Sekiranya hendak disenaraikan, sudah pasti kita tidak mampu menghitung betapa banyak nikmat Allah kepada kita. Semuanya adalah bukti kasih sayang Allah s.w.t kepada hambaNya.

dipetik dari Majalah Al Ustaz
Ruangan: Ustaz Mohd Azrul bin Ismail

Comments

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang