Proses Latihan Industri/Praktikal


Mcm pilihanraya pulak kan...ni bukan pilihanraya. Ini adalah salah satu proses pengasingan permohonan penempatan pelajar2 yg akan menjalani Latihan Industri. Permohonan tempat yg sama akan ditempatkan sekali agar senang nak buat surat kepada majikan berkenaan. Biasanya diaorg suka kita hantar permohonan sekali gus, bukan secara runcit dan persorangan.


Setiap satu tempat tu ada quota masing2 dan selalunya permohonan mereka nie bertindih. Tempat pilihan pertama pelajar A tapi adalah tempat permohonan pilihan kedua pelajar B. Dan begitulah seterusnya. Kalau kita hantar semua permohonan tanpa tapisan quota, CGPA dan sebagainya, kemungkinan untuk tidak dapat penempatan tersebut adalah tinggi. Rugi. Kita akan hantar application berdasarkan:
1. Tempat pilihan yg diminta samada pilihan pertama atau pilihan kedua atau pilihan dlm senarai Universiti.
2. Bergantung kepada quota penerimaan pelajar bagi tempat tersebut
3.Yang mempunyai kemudahan penginapan/pengangkutan (yg mana berkenaan)
4.Tempat yg mempunyai potensi yg besar untuk meningkatkan kemahiran pelajar
5. Tempat yg mempunyai pontensi menerima pelajar

Kita limitkan kepada 2 pilihan sahaja kerana masa pemperosesan setiap satu permohonan. Masa yg diambil kira adalah:
1. Time submission for student CV, yg mana kadang-kala pelajar menunggu hingga tarikh akhir untuk menghantar borang / resume kepada Unit Latihan.
2. Masa pemperosesan, pengasingan, pengesuaian yang perlu dilakukan oleh Unit Latihan
3. Masa yg diperlukan oleh pihak Majikan untuk menganalisa setiap permohonan latihan.
4.Masa yg diperlukan untuk menghantar semula permohonan sekiranya permohonan kali pertama atau ke sekian kali di tolak.

Apa yg pelajar tidak faham adalah kenapa mereka tidak dapat tempat pilihan mereka.
1. Tempat pilihan mereka,adalah tempat pilihan kawan2 mereka jugak
2. Persaingan dari IPTA/IPTS yg lain juga
3. Tempat pilihan mempunyai quota
4. CGPA tidak menepati syarat
5. Majikan berpendapat permohonan tidak bersesuaian dgn keperluan tempat latihan
6. Tiada kekosongan atau tidak pernah mengambil pelajar latihan industri
7. Majikan yg terdahulu ada pengalaman yg kurang baik tentang pelajar latihan industri samada menyalahi etika kerja, pernah berjanji tapi x muncul, dll.

Comments

chesakinah said…
ooo.. camtu ke buat pemilihan practical :)

saya tengah practical. baru 3 hari. best practical dkt company kecil banyak benda yg kita belajar.. mcam2 kita boleh buat. kebanyakan company kecil x lihat CGPA sangat. saya x confident hantar resume ke company besar awal2 dulu.. sbb saya bukan dean list.

tanya kawan2 yg dapat company besar2 apa yg diaorang buat selama 3 hari.. diaorang cakap hanya kerja photostat surat dan lipat surat. hermm.. kalu pemilihan diaorang kelas pertama , which is based on academic or good cgpa.. I personally think they should be trusted to handle harder task than siting like an idol , bancuh kopi and photostat surat..
Teratai said…
Betul tu Cik Sakinah. Co. kecik x pandang sgt CGPA. Lebih mudah nak apply. Dan biasanya multitasking. Semua benda kita buat, dari yg kecik2 sampai la yg besar2. Happy sbb biasanya ada imbuhan and yg paling penting rasanya ialah self satisfaction. Rasa puas hati ble kita dapat fullfill satu2 keje yg diberi.Betul tak?

Company besar nie sebenarnya dia banyak protokol. Dari saat pemilihan pelajar atau pekerja sampai la kepada pembahagian keje. Trust, Confidentiality, birokasi dan mcm2 lg. Tapi the best utk buat praktikal sbb for the long run byk benefit yg boleh kita perolehi.

Kalo baru 3hari, its too young in a big organization. Biasanya diorg akan bagi bit by bit cause diorg kene jaga standard keje. Apa2 pun kalo ada prob kat tempat praktikal, bincang dgn supervisor dulu. Bagi tahu apa kita punya expectation.Tapi kenelah bagi 'win win situation'. We win some, lose some. Bertolak ansur. Tapi satu perkara yg perlu kita ingat; kdg2 apa yg kita belajar tak sama dgn apa yg kita kene buat dlm dunia pekerjaan. Itu lah kehidupan. Kehidupan itu sendiri adalah satu pembelajaran dan pengalaman adalah cikgu yg terbaik.Jd selalu lah 'think positive', insyaAllah semua akan jadi positive.

Cik Sakinah: Terima kasih kerana sudi follow blog yg x seberapa nie..

Popular posts from this blog

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang