Penawar Hati 1


Kematian itu adalah masalah yang sudah pasti. Dan tiap2 sesuatu itu berdasarkan ketentuan qadha dan qadar. Dgn kata lain, seorang hamba tidak boleh menyesali dan bersedih hati atas apa yg sudah berlaku. Rezeki makhluk itu ada di sisi Yang Maha Mencipta, dia atas langit. Tidak seorang pun mempunyai kuasa mengaturnya, tidak ada satu kaum pun yang boleh mencampurinya, dan tidak ada seorang pun yg dapat menahannya. Hari kelmarin sudah berlalu bersama segala keresahan dan kebimbangannya, ia sudah selesai dan tidak akan berulang lagi sekalipun dunia seluruhnya bersatu untuk mengubahnya. Manakala hari esok masih berada di alam keghaiban, belum datang hingga ketika ini, belum meninta izin kepadamu, jangan mengharapnya sampai ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik kepada sesama manusia akan memberi kesenangan dan ketenangan di dalam hati. Dan perbuatan baik itu akan kembali kepada yang melakukannya dengan berkat, pahala, ganjaran dan kedamaian.

Salah satu ciri orang mukmin ialah bahawa dia tidak akan peduli terhadap kritikan yang pedas dan menyakitkan. Kerana Allah s.w.t sendiri pun, tidak lepas dari cacian dan sumpah seranah, sekali pun Dia Zat yang Sempurna, Agung dan Indah.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang