Pada Suatu Hari....




Seorang pesakit di HTAA menyanyikan lagu ini tatkala melihat aku menolak kerusi roda anakku ke tandas."Kasihnya Ibu, membawa ke syurga dan kasih saudara masa berada. berkorban raga rela binasa, berkorban nyawa tanda kasihnya..." Bila aku terima satu email yg amat melukakan hati aku, lagu itu bagai terdengar2 ditelingaku. Bila aku terpaksa membuat keputusan demi masa depan dan nyawa anakku, tiada taruhan untuk aku. Itu amanah. Lagu itu bagai terngia2 di telinga. Keputusan yg aku ambil berisiko tapi aku teruskan juga, kerana aku pasti Allah uji kita kerana Allah sayang. Utk menjadi seorang yg HEBAT, kita akan diuji. Setiap yg diambil DIA akan ganti dengan yg lebih baik. Kita ada perancangan. Allah juga ada perancanganNya untuk kita. Siapa kita? Kita hanyalah hambaNya. DIA pencipta. DIA lebih berhak. Aku redha. Pasrah.Jauh disudut hati aku selalu tertanya2, adakah aku akan binasa. Ya Allah, aku berpegang kepada taliMU.Aku yakin dgn janjiMu Cukuplah KAU bagiku.Tiada apa yg ada padaku, aku hanyalah hambamu yg lemah lagi daif dn hina, yg ada padaku hanyalah doa. Ya Tuhan, jgnlah KAU uji aku dgn sesuatu yg aku tidak lagi mampu.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang