Hantu Takut Manusia

Saya tahu bahawa kita tidak patut takut kepada hantu. Namun jujurnya perasaan itu tetap ada. Bolehkah ustaz berikan sedikit "motivasi" supaya saya dapat hilangkan perasaan itu.

Jawapan:

Hakikatnya, iblis, jin dan syaitan sangat takut kepada manusia. Hairan sungguh jika manusia pula yang tkaut kepda mereka yang menjelma menjadi hantu.
Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya daripada Mujahid, beliau berkata:" Ketika aku melakukan salat pada suatu malam, tiba-tiba berdirilah stu makhluk seperti kanak2 di hadapanku. Lalu aku mengejar untuk menangkapnya. Ia pun berdiri dan melompat ke balik dinding sehingga aku mendengar bunyi ia terjatuh. Ia tidak kembali lagi setelah kejadian itu."

Mujahid turut berkata: "Sesungguhnya mereka (jin) takut kepada kalian sebagaimana kalian pun takut kepada mereka." Sambung beliau lagi:"Syaitan itu lebih takut daripada sesiapa sahaja kamu. Apabila ia menampakkan diri kepada kalian, maka jangalah kalian takut sehingga ia dapat mengusai kalian. Akan tetapi bersikap berailah kepadanya, nescaya ia akan pergi.:(Akam Al-Marjan, hlm. 137)

Mujahid turut berkonsi pengalamnya:"Saitan kerap menampakkan dirinya ketika aku ingin solat dalam rupa Ibn Abbas. Kemudian aku teringat pesanan Ibn Abbas, lalu bersiap sedia dengan sebilah pisau. Tatkala ia kembali menjelma, aku terus menusuknya. Ia pun jatuh tersungkur. Setelah itu, aku tidak pernah melihanya laig." (Akam al-Marjan, hlm 166)

Jelas sekali baha generasi salfussoleh tidak pernah  menjadikan "hantu" sebagai sesuatu yang ditakuti. Malah iblis, jin dan syaitan hanylah makhluk ciptaan Allah s.w.t yang tidak mempunyai apa2 kuasa dan kelebihan jika dibandingkan dengan iman dan takwa yang menjadi pakaian Mukmin.

Kesimpulannya, sebagai seorang Muslim, kita dituntut utk beriman kepada perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, percaya denga kwujudan iblis, jin dan syaitan termasuk dalam keimana terhadap perkara ghaib.

Walau bagaimanpun, kita  tidak dibenarkan berleibh-lebihan untuk mengkaji, merekayasa atau menokok tambah perkara2 ghaib sehingga membawa kepada syirik, khurafat dan tahyul. Memandailah bagi kita apa2 yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t  dan Raul-Nya s.a.w Wallua'lam


sumber: Majalah al-Ustaz
Penulis: Mohd Aizam Mas'od

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang