Hantu Padang Pasir



Masyarakat Arab ketika tiu mempercayai bahawa hantu boeh menyesatkan manusia yang sedang bermusafir di tengah-tengah padang pasir. Imam al-Nawawi rhm. mengulas:" Jumhur ulama berkata bahawa orang Arab mempercayai bahawa ada hantu di padang pasir. Ia sebenarnya sejenis syaitan yang menampakkan diri untuk menakut-nakutkan manusia sehingga mereka tersesat dan kemalangan. Oleh sebab itu, Nabi s.a.w memusnahkan kepercayaan tersebut.
Justeru sabda Rasulullah "la ghula" yang bermakna tidak ada hantu itu bermaksud ia tidak dapat menyesatkan seseorang. Hal itu dikuatkanoleh hadis lain yang bermaksud:"Tidak ada hantu, namun ia hanya al-sa'ali (tukang2 sihir) daripada kalangan jin).
Menurut para ulama, jin juga mempunyai tukang sirhi dalam kalangan merekayang dapat megelabui mata dan membuat khayalan."(Sahi Muslim dengan Sharh al-Nawawi)

Rumusan: Yakinlah bahawa tidak kira iblis, jin mahupun syaitan yang menjadi hantu sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk memudaratkan manusia. Sesungguhnya manfaat dan mudarat ialah hak mutlak yang datang daripada Allah.
Tambahan lagi, Rasulullah s.a.w mengajar kita al-mu'awwizat (ayat2 Al-Quran sebagai pelindung diri) seperti surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas yang mempu memelihara diri kita daripada gangguan jin dan manusia.

Sumber: Majalah Al-Ustaz
Penulis: Mohd Aizam Mas'od

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang