Hantu Boleh Memudaratkan manusia?

Pada asalnya saya memang tidak percaya bahawa hantu boleh mengapa-apakan manusia sehingga membunuh sebagaimana yang disogokkan dalam drama hantu.
Namun apabila berlaku tragedi adik saya yang tersesat di dalam hutan, saya berfikir semula. Mungkinkah hantu boleh memudaratkan manusia?
Untuk pengetahuan ustaz, mereka tersesat kerana mencari salah seorang rakan mereka  yang hilang. Mereka mengikut-ikut suara rakannya itu yang meminta tolong seolah-olah telah jatuh ke dalam gaung. Walhal rakannya itu hanya berpisah daripada kumpulan kerana ingin membuang air kecil sahaja.


Jawapan:

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, hantu itu hanyalah perserupaan yang dilakukan sama ada oleh iblis, jin ataupun syaitan. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang hantu, maka Baginda bersabda yangbermaksud:" Mereka ialah tukang sihir daripada kalangan jin." Sanad riwayat ini sangat lemah.
Namun begitu, hal ini tidaklah menafikan apa yang dikhabarkan oleh sahabat Nabi, Jabir r.a bahawa Baginda pernah bersabda yang bermaksud:" Tidak ada wabak pernyakit, kesialan dan hammah (ada yang mentafsirkannya roh orang yang mati yang menjelma burung atau sebutan orang melayu sebagai hantu."(Riwayat Muslim)
Rasulullah bukan menafikan kewujudan perkara tersebut, sebaliknya Baginda ingin menafikan anggapan atau kepercayaan bahawa ada perkara lain selain Allah yang juga boleh memberi mudarat dan manfaat.


Sumber: Majalah Al-Ustaz
Penulis: Mohd Aizam Mas'od


Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang