Temukan kami di Firdaus!
" Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar." (Terjemahan surah at-Taghabun 64:15) Ramai ibu bapa yang tertipu dengan lakonan anak-anak. Apabila sesuatu yang buruk terjadi barulah mereka mencari-cari sebab mengapa dan siapa yang boleh dipersalahkan. Ramai juga membela hanya berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh anak-anak. Bukankah anak-anak merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya? Allahuakbar .. di luar sana cabaran anak-anak dan ibu bapa sangat besar. Mana mungkin mampu dengan kudrat yang ada untuk mengawasi anak-anak setiap masa. Ibu mana yang tidak mengasihi anak-anak? Berapa ramai pasangan yang tidak dikurniakan anak-anak? Lalu, di satu pertiga hujung malam tersisa, dipanjatkan permohonan kepada Allah yang telah mengurniakan anak-anak kepada kami, Seharusnya rintihan hati dicurahkan kepada Si Pemberi. " Ya Allah Ya Rahman. Terima kasih kerana mengurniakan anak-anak kepada kam...