Warkah buat anakku sayang - Hidup ini mudah.


Wahai anakku,

Hidup ini mudah. Apabila kamu berasa positif, kamu akan berasa bertuah, dan dengan itu, kamu akan berasa lebih gembira.

Apabila kamu berasa negatif, kamu akan berasa malang, dan dengan itu, kamu akan berasa lebih sedih.

Minda manusia lebih cenderung ke arah negatif jika dibiarkan seperti kuda liar kerana bisikan syaitan. Syaitan lebih suka bersarang pada manusia yang suka berasa sedih dan murung.

Jika kamu berjaya menjinakkan minda kamu sepertimana kamu menjinakkan tangan-tangan dan kaki-kaki kamu yang hanya bergerak mengikut arahanmu, ruang kesempatan untuk syaitan bertindak menjadi teramat sempit. Maka dengan itu, kamu lebih cenderung ke arah positif yang membawa kegembiraan.

Sekadar lontaran untuk minda anak kesayanganku.
Senyum.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang