Beza TAAT dan MENJAGA HATI

Sharing dari FB Prof. Dr. Rozieta Shaary

Pagi ini Ibu menerima perkongsian panjang lebar daripada seorang yang berniat mulia En. Mohd Khairul. Terima kasih, Ibu ucapkan. Perkongsian beliau ialah berdasarkan posting ibu semalam mengenai menjaga hati suami vs ibu bapa. Memang panjang posting ibu ini. Namun, ibu berharap sayang semua dapat membaca kerana ada penerangan sangat penting yang boleh memberi kecerahan kepada ramai mereka yang tersepit.
___________________________________________________________
Assalamualaikum En. Mohd Khairul Ilyasa Zainal, terima kasih diatas input yang panjang. Dan saya terkilan kerana apa yang saya sarankan semalam dipersalah fahamkan dan diguna salah oleh seorang ibu untuk menguatkan kata-katanya. dan mungkin ianya dialami oleh tuan sendiri.

Jika tuan baca balik posting saya diatas tanpa membaca komen orang lain, dimana ayat saya yang mengatakan mengenai KETAATAN? Apa yang saya katakan ialah MENJAGA HATI dan BERBUAT BAIK. Itu dua perkara yang berbeza dan tidak menyatakan apa-apa dari segi berat sebelah.

Mungkin ibu yang mengambil hujah saya itu mengambilnya untuk menguatkan hujah dia. Saya harap tuan boleh menyemak posting saya di atas.

Saya sangat setuju dengan perkongsian tuan bahawa ketaatan kita ialah kepada Allah dan RasulNya yang pertama-tama. Malah, jika Nabi s.a.w. pada masa dia melakukan sesuatu berdasarkan fikirannya, maka tidak wajib diikut. Seperti cerita Baginda memberi nasihat kepada pengusaha tamar itu. Tapi semasa perjanjian Hudaibiyah, Omar r.a bertanya, "Adakah dia Rasulullah?", kerana beliau mahu memastikan adakah itu wahyu atau dari Allah. Kerana ketaatan mutlak, utama dan pertama ialah kepada Allah

Ya, ketaatan utama kepada Allah dan RasulNya, kemudian kepada suami bagi wanita yang telah berumah-tangga. Itu bukan isu yang saya ketengahkan. Ketaatan dengan menjaga hati bukan benda yang sama. Saya yakin, tuan juga bersetuju.

Seorang isteri MESTI taat kepada suaminya, walaupun apa yang suami suruh bermaksud tidak mentaati ibunya. Contohnya, suami suruh balik kampung suami, tapi ibu bapa isteri suruh balik kampung mereka. Saya sendiri pernah tersepit dalam keadaan seperti ini dan sekarang saya tidak mahu menyusahkan anak-anak saya dalam isu sebegini.

Isteri PERLU TAAT dengan rela dan redha kepada suami. Kerana ketaatan pada suami ini berdasarkan ketaatan kepada Allah. Kerana itulah yang Allah suruh. Apa yang diminta oleh suami tidak bercanggah dengan syarak. Maka anak perempuan itu perlu faham, dia perlu ikut cakap suami dan BERMANIS MUKA dan bercakap baik dengan ibu bapanya. Inilah yang saya maksudkan dengan MENJAGA HATI. Jika ibu bapa marah kerana anak perempuannya ikut cakap suami, maka anak perempuan itu yakni siisteri bercakap dan mengingatkanlah apakah tuntutan agama. Berilah peringatan dengan cara paling manis dan berhemah. Itu maksudnya menjaga hati ibu bapa. Itulah yang dinamakan akhlak mulia.

Namun, jika suami menyuruh membuka tudung, tapi ibu bapa kata jangan. Maka di situ si isteri tidak patut membuka tudung bukan kerana mendahulukan ibu bapanya tetapi kerana ketaatan yang lebih tinggi, iaitu ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

Saya harap sangat, janganlah dipusing-pusingkan kata-kata saya dan digunakan kata-kata saya untuk menguatkan kes yang berat sebelah. saya terkilan ibu itu melakukan sedemikian. Namun, sebagai seorang ibu jaga saya boleh memahami rintihan hatinya.

Sebagai seorang anak atau menantu, kajilah juga dan lihat apakah sebenarnya punca dia beremosi demikian. Mungkin setelah faham, kita menjadi lebih sabar akan kerenah orang-orang tua kita. Saya sudah berjalan lebih kehadapan daripada kebanyakan sayang semua. Sesuatu yang saya boleh katakan di sini, sebagai orang yang semakin meningat usia, orang-orang tua ni mudah terasa hati. Kadang-kadang memang salah apa yang mereka dambakan.

Namun, sebagai anak yang berakhlak mulia, maafkanlah keterlihan sensitifnya hati mereka. Belailah perasaan mereka tanpa mengenepikan hukum. Maklumlah, itu anak dia, dia yang melahirkan, dia yang berlapar jika tak cukup makanan, dia yang berhempas pulas mencari rezeki sebelum dia menadapat suami. Bagi seorang ibu, anak -anak tu tetap kecil di matanya. Emosinya, belum boleh melepaskan anaknya. Dan kita boleh melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan dengan menjaga hatinya tanpa melanggar syara'. Panjang cerita saya jika saya nak bercakap mengenai perkara ini.

Janganlah hanya melihat pada dia berat sebelah dan menggunakkan kata-kata saya untuk menguatkan kesnya. Sapa lah saya ni. There is desperation there. Lihatlah dengan mata hati yang penuh kasih sayang. Tanya diri, mengapa dia desperate, apakah yang dia takut? Pacify her on her fear, then you will come to experience a beuatiful relationship with her. Bukankah itu akhlak yang mulia? Malah jika tuan baca posting saya pagi ini dalam sembang pagi jumaat, maka tuan faham akan apa yang hendak saya sampaikan semalam.

Saya menulis dan memberi peringatan dengan penuh kesedaran bahawa saya ini manusia dan kata-kata saya JANGAN digunakan untuk mengatasi hukum Allah. Dalam masa yang sama, saya tidak menulis tanpa kefahaman bahawa ini adalah tanggung-jawab.

Saya harap tuan dan mereka yang mungkin tersalah tafsir maksud 'menjaga hati' disitu dan menyamakan dengan ketaatan akan lebih faham dan tersuluh.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan diatas perkongsian tuan yang memboleh saya memberi penerangan panjang lebar begini. Saya sangat menghargainya.

Marilah kita sama-sama ingat, Menjaga hati ialah Akhlak, Ketaatan ialah Tuntutan Allah seakidah

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang