PANDUAN UMRAH DAN HAJI (siri panduan untuk jemaah ke Tanah Suci)


  PANDUAN MEMILIH JENIS HAJI YANG SESUAI

Para jemaah haji boleh memilih mana-mana jenis haji yang sesuai baginya. Jemaah haji (khususnya dari Malaysia) memilih jenis haji yang akan dilakukannya dengan berpandukan keadaan berikut :
1. Penerbangan awal atau akhir.
2. Berapa lama tinggal di Makkah sebelum tibanya hari Arafah.
3. Berapa lama jemaah haji berada dalam ihram.
4. Dam yang dikenakan atau tidak.
5. Jemaah yang bersama.

Penjelasan :
1. Jemaah haji Penerbangan Awal (bertolak awal dan terus ke Madinah dan memasuki Makkah melalui Madinah) - Kebanyakkan mereka memilih untuk mengerjakan haji tamattu’ dengan berniat ihram umrah di Zulhulaifah (Bir Ali), kemudian berniat haji di hotel Makkah pada hari tarwiyyah (8 Zulhijjah). Kalau seseorang yang memilih untuk melakukan haji ifrad atau haji qiran, adalah kurang sesuai kerana beliau terpaksa berada dalam pakaian ihram lebih lama (pada mula masuk ke Makkah sehingga 10 Zulhijjah). Walau bagaimana pun jemaah yang mengerjakan haji tamattu’ dikenakan dam (seekor kambing atau kibas), manakala jemaah yang mengerjakan haji ifrad tidak dikenakan dam. Bagi sesiapa yang telah berniat untuk melakukan haji ifrad boleh tukarkan kepada haji tamattu’ sebelum melakukan tawaf.

2. Jemaah haji Penerbangan Akhir (bertolak lewat dan terus ke Makkah) boleh memilih untuk mengerjakan haji tamattu’, haji ifrad atau haji qiran. Bagi sesiapa yang berniat untuk mengerjakan haji ifrad atau haji qiran, beliau hendaklah bersedia untuk berada dalam pakaian ihram dalam masa yang agak lama (mula daripada hari masuk ke Makkah sehingga 10 Zulhijjah) dan bersedia mematuhi pantang larang yang dikenakan. Mereka akan menziarahi Madinah selepas selesai ibadat haji.

3. Para jemaah haji yang hanya ada masa yang pendek untuk menunaikan haji (misalnya 10 hari) dan terpaksa balik awal ke tanah air, biasanya akan mengerjakan haji qiran (lakukan haji dan umrah serentak, atau dua dalam satu). Beliau tidak mempunyai masa untuk mengerjakan umrah secara berasingan. Ada juga jemaah yang mengerjakan haji tamattu’ (mengerjakan umrah dahulu kemudian mengerjakan haji, dalam bulan haji) yang masuk lewat (akhir) ke Tanah Suci Makkah dan tidak sempat tawaf umrah kerana uzur (sehingga hari untuk berangkat ke Arafah). Kes seperti ini lumrah berlaku pada kaum Hawa. Jemaah ini secara otomatik hajinya menjadi haji qiran. Dam yang dikenakan ialah sama dengan dam haji tamattu’ iaitu menyembelihkan seekor kambing atau kibas.

4. Bagi jemaah yang bersama keluarga, yang bertolak dan tinggal setempat, pilihan jenis haji untuk dikerjakan biarlah sama. Janganlah hendaknya berlaku suami isteri yang bersama mengerjakan ibadat haji tetapi memilih jenis haji yang berlaian antaranya.
Wallahu a’alam.
wmn.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang