Kalau Aku Buat Dosa

  • Aku akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat
  • Aku pasti sentiasa murung dan akan wujud keresahan dalam hati
  • Segala urusan yang aku lalui setiap hari pasti dihurung kesusahan dan kepayahan
  • Perkara ketaatan diharamkan daripada diriku
  • Aku diharamkan daripada mendapat keberkatan
  • Terasa sempitnya dadaku
  • Aku terus bergelumang dengan pelbagai perkara buruk lagi
  • Dosa dan maksiat itu menjadi kebiasaan bagiku
  • Sedihnya apabila Allah menghina diriku ini
  • Hatiku bertambah pedih ketika manusia lain memandang hina kepadaku
  • Bahkan, binatang ternakan turut melaknatiku
  • Hanya kehinaan yang layak buat diriku
  • Hatiku dipenuhi dengna titik-titik hitam
  • Aku diselubungi kelaknatan
  • Doa aku terhijab dan terhalang daripada dimakbulkan
  • Aku tidak lagi mengecapi kebahagiaan
  • Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diriku
  • Tanpa disedari, nikmat yang ada telah ditarik oleh Allah
  • Diri aku sudah tentu dibaluti perassan takut yang tidak terperi
  • Aku mampu ditawan oleh syaitan dengan mudah
  • Pengkahiran hidupku sudah tentu dalam keadaan yang buruk
  • Akhirnya, azab dan seksaan Allah menantiku di akhirat
  • Ya Allah, aku ingin bertaubat... Aku meyesal atas sega dosa dan maksiat yang aku telah lakukan...
(rujukan:Ibn al-Qayyim, al-Da' wa al-Dawa')

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang