Manusia Hebat

Manusia hebat adalah hari ini lebih baik dari semalam. Setiap yang berlaku memberikan kita pengalaman dan pengajaran. Perkara semalam penting sebagai pengukur siapa kita hari ini. Perkara hari ini pula penting dalam mencorakkan masa depan. Bagi menjadi hebat, perlu rajin cari ilmu baik ilmu duni atau akhirat. Kena banyak membaca, rajin bertanya, suka mengkaji dan sentiasa berfikir. Kadang-kadang kita kurang fikir dalam bertindak, itu tandanya kita manusia normal. Tetapi kalau selalu sangat kurang fikir itu maknanya kita menuju kebinasaan. Fikir-fikirkan. ~ Sedetik bersama saya, kerana yang sedetik itu mampu mengubah kehidupan~ Dr. Hj. Tengku Asmadi

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang