Kenalkah kita dengan pasangan kita?

Berapa lamakah usia perkahwinan bagi kita betul-betul kenal pasangan kita? Sebenarnya usia perkahwinan yang lebih 20 tahun pun kita tetap belum tentu kenal pasangan kita. Sebabnya? Pertama, sebab ada sahaja perkara baru dalam diri pasangan yang kita baru tahu. Dua, kita tidak pernah benar-benar ambil kisah untuk mengenalinya. Apa warna kesukaannya? Apa makanan kegemarannya? Apa hobinya? Apa kelebihan pasangan? Apa kelemahannya? Apa perkara yang paling diimpikan dalam hidupnya? Dan banyak lagi persoalan yang memerlukan jawapannya. Baru kita lebih kenal pasangan kita. Itu pun tidak 100%. ~~ Sedetik bersama saya, kerana yang sedetik itu mampu mengubah kehidupan ~~ Dr. Hj. Tengku Asmadi

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang