Tahun 2011




Dekat 6bulan aku x update blog nie...teramat bz dengan tugas2 seharian. Rasmi mahupun x rasmi... Mujur la Allah tu bagi satu hari 24jam seminggu ada 7 hari dan sebulan ada 4 minggu...kalo dak....mesti xde masa untuk diri sendiri.

Tahun 2010 adalah tahun yg paling bermakna buat aku. Semua anak2 aku berada di sisi aku. Kakak, Angah, Alang dan Adik. Tahun 2009 Angah di asrama. Selalu teringatkan dia tambah2 waktu bulan puasa. Tahun 2011 kakak pulak mengorak langkah ke menara gading. Aku ditanya oleh kawan opis aku, apa perasaan aku berjauhan dengan anak aku... Aku senyum. Hanya itu yg mampu aku buat. Hatiku hanya Allah yg tahu. Gembira, sedih, bimbang..hati ibu berbaur rasa. Dlm hati aku, inilah rasanya sewaktu ibu ku menghantar aku ke menara gading. Bimbang meninggalkan aku sendirian di tempat org. Gembira kerana berjaya menjejak kaki di menara gading. Sedih sbb buah hati jauh di mata.
Tarikh pendaftarannya jatuh pada hari lahirnya yg ke 18. I think this is the best forever present for her.
Hilang sudah 'a gosip frend'. Maklumlah princess aku sorang aje. Itu la racun dan itu lah penawar. Selalu dengan dia la aku bergossip.. sebulan sekali kitaorg akan pegi window shopping, tengok wayang, cuci mata..ikut la mana2 nak jalan, syarat: Ladies Only.

Apa2 pun aku selalu doakan yg terbaik untuk Putriku..

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang