Analogi Sebatang Pokok


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.


Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.


Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat,menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.


Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan mansin, meskipun sekitanya masin namun dagingnya tetap tawar.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang