Takut tak dapat


Keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. Sebab itu mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan.


Rasa resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada orang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta, mencai wang ringgit, dan dia takut tidak dapat sesuatu, Dia tidak yakin dengan Allah.


Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki untuk seseorang.


Bukankah Nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. Bahawa Allah memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugas kita pergi mencari rezeki tersebut.


Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesuatu, kerana dia yakin:


" Tidak ada sesuatu pun haiwan melata di muka bumi ini melainkan rezekinya di tangan Allah."


Yakinlah. Keyakinan itu akan menghilangkan keresahan, kegelisahan, kesedihan, kedukaan di hati.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang