Takdir Allah terlalu MiStErI



Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikkan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang sama yang kita hulurkan kebaikan itu.


Allah Maha Berkuasa. Adakalanya takdir dan perbuatanNya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah, what you give, you get back. Itu hukum sunnatullah dalam hubungan sesama manusia. Dalam istilah biasa, itu dipanggil golden rule!"


Siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan tetapi orang yang kita beri kebaikan, tidak ada disitu untuk membalas kebaikan kita...Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain,yang tidak pernah berasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"


Orang yang iklas akan diberi ketengan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting...hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.


What you give you get back...Golden rule itu bukan untuk keaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita.


Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya. Pada umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah Yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apatah lagi kepada sesama manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur.


Walaupun manusia tidak berterima kasih kepadaNya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi..Jadi, siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?


Saya terasa "diperingatkan" semasa membaca peringatan ini kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan...orang ikhlas tertindas?

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang