Orang yang Derhaka yang ditimpa Musibah




Apakah petanda Allah tidak sayangkan kita?




Jangan tersilap, malah dalam keadaan berdosa sekalipun, Allah datangkan ujian untuk kebaikan. Jika orang baik mendapat peningkatan darjat apabila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya.





Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidaklah seorang Mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih daripada itu, kecuali dengan nya Allah akan menghapuskan sebahagian dosanya"





Paling tidak, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya, kita akan menyergerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:



"Dan apa sahaja musibah yang menimpa ke atas kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu'(Surah Al-Syura)

Maksud sabda Nabi s.a.w:" Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian, dan apabila Allah suka kepada kaum itu, maka mereka diuji. Jika mereka redha, maka Allah redha dan jika dia marah, Allah pun marah kepadanya."

Hati itu umpama magnet. Ia mempunyai kuasa menarik sesuatu yang berada diluar diri ke dalam diri. Apa yang hati rasakan itulah yang akan diterima sebagai pantulan. Justeru, penting sekali bersangka baik, agar kebaikan akan "ditarik" ke dalam diri.

Jauhi daripada prasangka dan dendam, kerana itu juga yang akan diterima sebagai balasan. Hati umpama magnet, semaikan rasa yang baik-baik, pasti kita akan menuai kebaikan. Jangan sekali-kali menyemai badai, nanti terpaksa pula kita menuai taufan!

Doa yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w:

"Ya Allah, berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya"

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang