Posts

Temukan kami di Firdaus!

" Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian. Di sisi Allah jualah pahala yang besar."  (Terjemahan surah at-Taghabun 64:15) Ramai ibu bapa yang tertipu dengan lakonan anak-anak. Apabila sesuatu yang buruk terjadi barulah mereka mencari-cari sebab mengapa dan siapa yang boleh dipersalahkan. Ramai juga membela hanya berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh anak-anak. Bukankah anak-anak merupakan ujian Allah kepada hamba-Nya? Allahuakbar .. di luar sana cabaran anak-anak dan ibu bapa sangat besar. Mana mungkin mampu dengan kudrat yang ada untuk mengawasi anak-anak setiap masa. Ibu mana yang tidak mengasihi anak-anak? Berapa ramai pasangan yang tidak dikurniakan anak-anak? Lalu, di satu pertiga hujung malam tersisa, dipanjatkan permohonan kepada Allah yang telah mengurniakan anak-anak kepada kami, Seharusnya rintihan hati dicurahkan kepada Si Pemberi. " Ya Allah Ya Rahman. Terima kasih kerana mengurniakan anak-anak kepada kam...
Hati berkata, 'Ya Allah - Al Hakim - Yang Maha Bijaksana, ini ketentuan bagiku. Barangkali ada sesuatu yang dapat dipelajari daripada selautan luas ilmu-Mu. Ajarlah daku, bimbinglah daku. Permudahkan segala urusanku. DAku mahu menjadi insan cemerlang di sisi-Mu dunia dan akhirat.
Ya Allah ya Tuhanku...ampunkan daku jika gagal menjalankan amanah yang dipertanggungjawab kepadaku sebagai isteri dan sebagai ibu. Ya Allah - Al Zhahir - Yang Maha Nyata dan ya Allah - Al Bathin - Yang Maha Tersembunyi memahami perasaan hat,, perkenankanlah
Ya Allah...Izinkan daku berubah. Biar hari ini lebih baik daripada semalam. Biar semalam jadi sejarah yang indah. daku mahu berubah demi -Mu ya Rabb! Wahai Tuhan...perkenankanlah

Kita Bahagia kerana Kasih Sayang. Kita Matang kerana Masalah. Kita Lemah kerana Putus Asa. Kita Maju kerana Usaha dan kita Kuat kerana DOA

Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara. Ada ilmu yang hadirnya melalui kehidupan seharian. Kehidupan inilah yang perlu diamati dan diteroka.

Bila Rindu Mengamit

Jauh berjalan hingga terlupa jalan pulang. Bila kerinduan mengamit, tiada lagi lantunan suara ajakkan..pulang lah.. Rindu tiada bertepi.   Sering kali kita hanya mendahulukan orang lain lebih dari diri sendiri. Kini sudah tiada jalan pulang..hanya sisa-sisa kesan tapak kaki dihari semalam untuk kita renung kembali. Tiada istilah..ANDAI KATA. Kerana ianya hanya sia-sia. Cukuplah sekadar ini, hidup perlu di teruskan kerana kita hanyalah musafir yang berkelana di muka bumi ini. Pastinya kita akan kembali ke sana. Menemui sang Pencipta. Rinduilah DIA yg pasti kekal abadi.