Aku bukan perempuan kuat.


Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.
Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.
Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari-hari sukar aku.
Aku tak ada apa-apa untuk bikin kau-kau semua percaya kemujarabannya. Aku cuma ada aku sebagai bukti.
Titik tolaknya—
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata “minta— dan aku bagi”.
Dan jangan sekadar minta sekali.
Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita—
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba—
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.
Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati—
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
- Fynn Jamal

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang